Kata Aluan Guru Besar
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Ping Ming mengadakan
Laman Web untuk menyediakan infrastruktur pembelajaran
multimedia peringkat sekolah yang sepastinya akan melanda
semua bidang pembelajaran samada kita suka atau sebaliknya.Cabaran baru adalah ditujukan kepada warga sekolah untuk
menguasai penggunaan komputer agar sentiasa siap sedia apa jua
perkembangan akan berlaku dalam dunia pendidikan.Laman Web melalui Internet akan mengambilalih cara-cara
tradisi manusia berkomunikasi ,belajar dan bekerja.Perkembangan
teknologi membolehkan semua golongan belajar apa saja yang
diperlukan tidak kira umur dan ketangkasannya.Besar harapan agar Laman Web Sekolah akan membawa
kepada tren baru kita belajar di sekolah menjelang alaf baru.Sekian terima kasih
Tan Yock Pon
Guru Besar SJK(C) Ping Ming