SEJARAH SEKOLAH

                            Sila update windows di www.java.com untuk lihat gambar java applets.                                      logo_ping_ming

Sejarah Awal
Sekolah Ping Ming ini ditubuhkan pada 16.4.1922 dengan menyewa rumah kediaman di
No.135 Jalan Bunga Raya Melaka oleh beberapa orang kenamaan yang diketuai oleh En. Sim
Hong Pak dan En. Tham Song You.Mereka merancang membantu budak-budak miskin yang tercircir sekolah dan merayau di kawasan berhampiran. Oleh itu nama sekolah Ping Ming
membawa makna 'sekolah untuk rakyat miskin'

Pada mulanya sekolah ini telah memberikan  pendidikan percuma kepada murid-murid.  Lebih
kurang  60 orang murid dibahagikan kepada 4 kelas. Dua bilik darjah diperuntukan dengan sumbangan bulanan dari penyokong untuk menampung perbelanjaan. Apabila bilangan murid bertambah hingga 200 orang, murid dikena bayaran 50 sen sebulan sebagai yuran sekolah. Disamping itu pihak pengurus berjaya memohon bantuan subsidi 'Elaun Gred C' daripada Kerajaan Tempatan.

Tahun 1929, En. Goh Heng Fu dilantik sebagai pengurus sekolah. Pada tahun berikutnya  murid berpindah ke tapak baru, No.170, Jalan Bunga Raya ,Melaka.Bangunan ini mengandungi 3 buah
kedai dan dijadikan 6 bilik darjah. Pada tahun 1933 En. Hok Siu Wan dilantik mengurus sekolah dan diberi bantuan elaun Gred B oleh Kerajaan Tempatan. Pada tahun 1935, En. Tay Kun Peng mengurus sekolah dengan bilangan murid  360 orang dan 12 orang kakitangan. Yuran sekolah  telah dinaikkan sehingga RM 1.00 sebulan.  Tahun 1936, apabila sistem jawatan Guru Besar diwujudkan, En. Tay Kun Peng memegang jawatan Guru Besar. Dari tahun 1936 - 1939 sekolah ini dinaik taraf menjadi Sekolah Gred A .

Selepas Perang Kedua
Selepas perang dunia kedua pada 8-10-1945, sekolah ini terpaksa meminjam bangunan di No.115, Jalan Gelanggang, Melaka untuk memulakan pengajaran  kerana bilik darjah telah diduduki orang lain.En. Chong Sek San menjadi Guru Besar. Sesi petang terpaksa diadakan kerana bilangan murid bertambah.

Pada tahun 1947, En. Sim Moo Yu dilantik sebagai Guru Besar, murid-murid kembali ke bangunan asal untuk melanjutkan pelajaran mereka. Pada tahun 1949, sekolah ini dibekalkan sebuah radio oleh Pejabat Pelajaran Melaka. Setiap hari murid menerima siaran radio yang ditetapkan. Dalam tahun 1950 sekolah Ping Ming menggunakan  perkhidmatan telefon.

Pada 16hb April 1950 sekolah ini telah meraikan Ulangtahun yang ke 28. Pada 8hb. Jun 1950, pengasas sekolah ini,En. Sim Hong Pak telah meninggal dunia. Jasa baik beliau  amat disanjung tinggi oleh penduduk sekitar. Pada ketika itu Bahasa Melayu Darjah 4 mula diperkenalkan di sekolah Cina.

Selepas Merdeka
Pada 20hb April 1962, Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Malayu YB. Kapten H. AB. Hamid Khan  telah dijemput merasmikan pembukaan bangunan baru  di tapak sekolah sekarang. Bangunan lama dijadikan 'Kindergarten Ping Ming Melaka'.

Walaupun bangunan dua tingkat ini mempunyai 14 buah bilik darjah, ia tidak cukup  untuk mengadakan bilik guru, bilik perpustakaan, bilik muzik dan bilik alat bantuan mengajar. Kempen 'Menambah Bangunan Sekolah' telah dilancarkan di mana kerajaan telah menghulurkan bantuan RM 2,600, Shaw's Co. RM 1,000, Lee's Funds RM4,000 serta sumbangan ibubapa dan orang ramai.  . Menteri Pelajaran Malaysia Y.B. En. Mohd Khir Johari telah dijemput untuk merasmikan pembukaan bangunan tambahan pada 17-6-1968sempena  meraikan Ulangtahun yang ke-46.

Pada 20-7-1973, En. Sim Moo Yu bersara selepas berkhidmat 27 tahun. Majlis Perpisahan yang sungguh meriah diadakan sebagai tanda penghargaan. En. Chen Sih Chih menggantikannya(1973 - 1975 ). Lepas itu En Chiew Thaw Chen (1975-1976) berusaha mendirikan pintu gerbang  masuk dan pondok menunggu bas.

En. Lee Han Cha dilantik sebagai Guru Besar dari 1976-1984. Usaha membangunkan sekolah diteruskan. Bilik Pergigian telah ditubuhkan dengan bantuan dari Jabatan Pendidikan, JKR, dan Jabatan Kesihatan. Satu blok bangunan empat tingkat telah diracanag dan direlisasikan pada tahun 1985 dan dirasmikan oleh Datuk Yeoh Tiow Tiong, Pengerusi Lembaga Pegurus Sekolah Gabungan Enam Sekolah.Selepas itu En. Lieu An Soon memegang jawatan Guru Besar dari 1985-1992. En. Ng Pok Sang  dilantik sebagai Guru Besar dari 1992 hingga 1995. En. Wong Kee Ing ditukar ke sekolah ini pada 1995 dan bersara pada 1997. En.Goh Kwee Hua menggantikannya sehingga bulan Mac 2000.

Kejayaan sekolah ini adalah hasil kerjasama semua pihak termasuk ahli Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Ibubapa dan Guru, Persatan Murid Tua,Ibubapa, guru-guru dan orang ramai.


INDEX ALUAN SEJARAH ORGANISASI AKTIVITI STAF
KURUKULUM HEM KO-KU LAGU SEK LENCANA MOTTO
    BIL MURID UPSR