Kata Aluan

GURU BESAR
PN.S.MINACHEE
Dunia pendidikan yang mengalami
arus perkembangan yang begitu pesat telah banyak membawa
banyak perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran Dengan
kemajuan ini juga penggunaan internet telah memudahkan
individu untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.SJK
Tamil Jasin adalah sebuah sekolah yang tertua di daerah ini
yang merupakan sekolah Tamil yang terbesar dan terbanyak
bilangan muridnya. Saya yakin bahawa maklumat mengenai
sekolah ini akan menjadi satu rekod yang berguna dan juga
sebagai satu bahan rujukan kepada sesiapa sahaja ingin
mengetahui akan perihalnya. Saya berharap laman web ini akan
membantu meninggikan lagi pandangan masyarakat terhadap
sekolah ini.Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk
mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada guru-guru sekolah
ini yang bertungkus-lumus menyediakan bahan-bahan yang
diperlukan untuk laman web ini. Akhir kata, saya mengucapkan
berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah
menyumbangkan tenaga dan masa untuk menjayakan laman web
ini. Sekian , terima kasih.
