|
|
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Salam Sejahtera dan Selamat Datang kepada para pengunjung Laman Web SJK(T) Merlimau. Sesungguhnya saya berasa amat bangga atas pelancaran Laman Web SJK(T) Merlimau ini ke rangkaian Internet.
Baru-baru ini sistem internet menjadi semakin penting dan sebagai pendidik, adalah menjadi tanggungjawab kita mendidik kanak-kanak dalam usaha menterjemahkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ke arah pendidikan bertaraf dunia melalui IT. Warga pendidik haruslah memperalatkan sistem komputer yang terkini dengan cara yang boleh mendatangkan manfaat.
Dalam menuju era moden, Laman ini merupakan bahan rujukan yang menarik dan terperinci yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia pada bila-bila masa yang diperlukan dengan cepat dan mudah.
Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program ini. Terutama Unit Maklumat, Jabatan Pendidikan Melaka dan Guru Data.
Sekian. Terima Kasih.
En. N. Sugukumarah
Guru Besar.
| Home
| | Objektif
| | Visi
| | Piagam
| | Kata
Aluan | | Sejarah
| | Staf
|
| Aktiviti
| | Kurikulum
| | KoKurikulum
|
|
| Ke
atas |