Aktiviti Ko-Kurikulum

 

Perkhemahan Badan Beruniform

Perkhemahan Badan Beruniform telah dijalankan pada 15 hingga 17 Oktober 1999.Perkhemahan ini telah disertai oleh pelajar-pelajar dari buah sekolah lagi. Ianya telah dijalankan di Kem Lancang, Lancang. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah membina khemah, mencipta loga dan moto kumpulan, jungle tracking, menganduh, kawad kaki, latihan membina semangat,persembahan dan unggun api, permainan 'Burung Hantu dan merobohkan khemah. Para pelajar mengambil bahagian dengan bersungguh-sungguh dan penuh berdisiplin. Mereka saling bantu membantu di antara satu sama lain walaupun berlainan sekolah. Masing-masing menunjukkan sikap kepimpinan. Aktiviti perkhemahan seperti ini dapat memberi banyak manfaat kepada para pelajar.

 

Sukan Tahunan Dan Pelancaran Tabung Pembinaan Makmal Komputer ini telah dijalankan pada 14.11.1999 dan telah dirasmikan oleh YAB Dato' Abu Zahar Bin Hj.Isnin,DMSM,DGSM,AMN , Ketua Menteri Melaka. Aktiviti sukan telah dijalankan di padang SMK Dato Abdul Rahman Yakub. Sebanyak 39 acara telah dijalankan bagi pelajar, guru, ibu bapa dan pegawai sukan.Semua aktiviti mendapat sambutan hangat dari para penonton.Aktiviti sukan seperti ini secara tidak langsung dapat mencungkil bakat yang terdapat pada para pelajar dan ini dapat membantu bagi membabitkan mereka di dalam Sukan MSSM.

 

 

Kejayaan Umum Dalam Sukan
Dan Permainan.

 

SJK(T) Merlimau telah menjadi Johan Keseluruhan Sekolah Sekolah Rendah Peringkat Kawasan Merlimau pada tahun 1997.

 Salah seorang pelajar kami yang bernama K.Lingam telah terpilih sebagai Olahragawan Peringkat Kawasan Merlimau pada tahun 1997.

 K.Lingam juga telah dipilih sebagai pemain bola sepak yang terbaik peringkatNegeri Melaka dan telah ditawarkan ke Sekolah Sukan Berasrama Penuh Bandar Penawar ,Kota Tinggi ,Johor sesi 1997/1998.

 Seorang lagi athlit sekolah yang bernama P.Jeniffer telah dipilih mewakili Negeri Melaka ke peringkat MSSM (Kebangsaan) di Negeri Sabah pada tahun 1999 dan telah menduduki tempat ke 4 di dalam acara 100m.

 P.Jeniffer juga akan menerima atau akan diberi Anugerah Kecemerlangan Sukan MSSNM Kawasan Merlimau 1999 pada 17.2.1999 di SMK Seri Mahkota sebagai salah seorang athlit yang telah mewakili Negeri Melaka ke Peringkat Kebangsaan di Sabah.

 

G.Logeswari adalah athlit paling muda sekolah ini. Logeswari telah menjadi Johan bagi acara 100 meter dan Lompat Jauh di peringkat kawasan dan negeri. Logeswari telah mencipta rekod baru bagi acara 100 m dan Lompat Jauh diperingkat kawasan Merlimau. Logeswari juja telah mendapat Anugerah Peserta Terbaik Perempuan 10 Tahun di peringkat kawasan Merlimau dan peringkat Negeri Melaka.

 

 

 | Home | | Objektif | | Visi | | Piagam | | Kata Aluan | | Sejarah | | Staf |
|
Aktiviti | | Kurikulum | | KoKurikulum |

| Ke atas |