LATARBELAKANG:
Hasil perbincangan dalam
mesyuarat guru,pihak pentadbiran sekolah telah
mengambil keputusan untuk mewujudkan sekolah ini berdasarkan watak
kurikulum
iaitu untuk meningkatkan pencapaian murid-murid sekolah ini
terutamanya
pencapaian UPSR pada tahun-tahun yang akan datang dan PKBS Tahun 5
yang bakal
menduduki peperiksaan UPSR tahun berikutnya.
Keputusan Peperiksaan UPSR Tahun 1999 menunjukkan bahawa berlaku
penurunan dalam peratus pencapaian keseluruhan murid Tahun 6 seramai
30 orang
yang telah menduduki peperiksaan ini. Pada tahun1998 seramai 10 orang
murid
daripada 21 orang telah lulus sepenuhnya iaitu sebanyak 47.6
%.Sementara itu
pada 1999 seramai 5 orang murid daripada 30 orang telah lulus
sepenuhnya iaitu
sebanyak 16.7 %.Ini menunjukkan penurunan peratus pencapaian
keseluruhan
adalah sebanyak 30.9 %.Matapelajaran Bahasa Inggeris dan Penulisan
Bahasa Melayu
yang mencatatkan pencapaian di bawah lima puluh peratus iaitu
23.3%dan 30.7%.
Sehubungan itu satu usaha yang lebih sistematik perlu diambil untuk
mengatasi masalah
ini dan seterusnya meningkatkan peratus kelulusan UPSR pada Tahun
2000 yang akan datang.
OBJEKTIF:
* Untuk mempastikan murid-murid
sekolah menguasai 3M
* Untuk meningkatkan peratus kelulusan UPSR 2000 melebihi 50 %.
* Untuk melahirkan murid -murid sekolah yang berwawasan.
Strategi :
1. Mengenalpasti murid-murid
yang sangat lemah dan GALUS.
2. Membentuk 2 kumpulan murid yang terdiri dari murid
berkeupayaan
untuk lulus dan yang sangat lemah.
3. Merancang aktiviti sepanjang tahun 2000.
4. Memberi taklimat kepada semua guru yang terlibat.
5. Pemantauan dan penganalisaan.
6. Penilaian.
SASARAN:
Murid-murid SJK(T)
Merlimau,Mealaka secara umumnya dan secara
khususnya pula murid-murid Tahun 6 seramai 33 orang yang akan
dibahagikan
kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan murid yang pasti akan mencapai
kelulusan dan kumpulan yang mengandungi murid yang sangat lemah
dan berada pada tahap GALUS.Murid dipilih berdasarkan Ujian
Diagnostikdan ujian lain.
PELAKSANAAN:
1.Kelas tambahan pada
waktu petang.
2.Kelas pemulihan untuk murid yang sangat lemah.
3.Ceramah motivasi.
4.Perkhemahan motivasi.
5.Program anak angkat.
6.Perjumpaan dengan ibu bapa/penjaga murid.
7.Lawatan sambil belajar.
8.Program guru pendamping/gerak gempur.
INSTRUMEN :
1. Borang
analisis.
2. Borang markah.
3. Borang penilaian.
UNJURAN PERATUS PENCAPAIAN UPSR:
TAHUN JUM.MURID % KELULUSAN
1996 28 4%
1997 31 44%
1998 21 48%
1999 30 17%
TARGET KELULUSAN UPSR 2000
MATAPELAJARAN % KELULUSAN
B.Melayu (K) 90 %
B.Melayu (P) 80 %
B.Tamil (K) 100 %
B.Tamil (P) 100 %
B.Inggeris 80 %
Matematik 90 %
Sains 90 %
PENUTUP :
Aktiviti dan program
yang dirancang akan dilaksanakan demi kemajuan
murid -murid sekolah ini khasnya murid Tahun 6 untuk membentuk satu
watak
sekolah ini.Analisa tentang kelemahan murid akan sentiasa dibuat dan
diperbaiki
dari masa ke semasa.Keberkesanan program untuk meningkatkan
prestasi
UPSR ini bergantung kepada kerjasam semua pihak termasuk Guru
Besar,guru-guru,
ibu bapa dan juga PIBG.
|
Home | | Kata
Aluan | | Sejarah
| | Staf
|
| Aktiviti
| | Kurikulum
| | KoKurikulum
|