Pelajar Cemerlang Ko-Kurikulum 1998
|
|
|
||||||
![]()
|
K.Lingam adalah seorang pelajar yang aktif di dalam bidang akademik dan ko kurikulum. Beliau adalah seorang athlit muda dan pemain bola sepak yang handal dan popular semasa MSSM dan dikenali ramai. Beliau telah dipilih sebagai Olahragawan Peringkat Kawasan Merlimau pada tahun 1997 dan segaligus menjadikan SJK(T) Merlimau sebagai Johan Keseluruhan Sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Kawasan Merlimau di dalam MSSM pada tahun 1997. Beliau juga telah dianugerah sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Peringkat Negeri Melaka dan telah ditawarkan ke Sekolah Sukan Berasrama Penuh Bandar Penawar,Kota Tinggi,Johor sesi 1997/1198.Beliau memang adalah seorang athlit yang disegani kerana berkebolehan dalam semua acara balapan mahupun padang.Kami semua warga pendidik,kakitangan sekolah dan pelajar sekolah ini berdoa agar beliau akan lebih cemerlang di masa-masa akan datang dan menjadi seorang athlit yang dikenali diperingkat kebangsaan dan diperingkat dunia.Syabas.
|