SEJARAH SEKOLAH


 

Pada asalnya sekolah ini terletak di Ladang Merlimau, Melaka. Sekolah ini beroperasi dari tahun 1920 hingga 1966. Ketika itu bilangan murid adalah seramai 40 Orang. Setelah empat puluh enam tahun berlalu, bangunan lama ini telah dirobohkan dan berpindah pula ke Sekolah Kebangsaan Merlimau, Jalan Batu Gajah, Merlimau pada tahun 1967. Murid-murid terpaksa menumpang di sekolah ini selama setahun.

Kemudian pada tahun 1968, SJK (T) Merlimau didirikan di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yakub ( SDARY ) di atas lot nombor 2945 dengan tanah seluas satu ekar 15 poll..Bangunan sekolah yang didirikan adalah dengan bantuan penuh kerajaan yang terdiri daripada 4 bilik darjah, 1 bilik setor, satubilik Guru Besar dan tandas.

Pada tahun 1995, sekolah telah mendapat bangunan tambahan iaitu 2 buah bilik darjah. Sebuah kantin pula dibina secara gotong-royong dengan bantuan PIBG pada akhir tahun 1995. Enam buah bilik darjah sekarang ini telah diubahsuai untuk dijadikan bilik darjah bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran, perpustakaan, bilik guru,Pusat Sumber, dan Bilik Pemulihan yang sekarang ini dikenali sebagai ' Kelas Cemerlang `.

Sekolah ini menggunakan padang sekolah SDARY untuk mata pelajaran PJK dan Sukan Tahunan Sekolah. Semakin lama enrolmen murid seamakin meningkat. Sehingga penghujung bulan Ogos tahun 2000, bilangan murid adalah seramai 185 orang. Bilangan murid yang semakin bertambah ini, menyebabkan bilik darjah tahun 1 dan Tahun 2 menjadi agak sesak. Keadaan ini menimbulkan suasana yang tidak selesa kepada murid untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan berkesan.

Bilangan tenaga pengajar seramai 12 orang termasuk Guru Besar. Staf sokongan pula terdiri daripada seorang kerani tetap, seorang pekerja rendah am, dan seorang jaga.

| Home | | Kata Aluan | | Sejarah | | Staf |
|
Aktiviti | | Kurikulum | | KoKurikulum |

Ke atas |