
PENDIDIKAN
KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
MATLAMAT
Melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran
dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan
dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika
dan sosial agar mereka boleh menjadi ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.
OBJEKTIF
- Menguasai kemahiran berkomunikasi.
- Menguasai kemahiran bergaul.
- Mengetahui dan memperkembangkan perasaan ingin tahu tentang hal diri dan
alam sekeliling.
- Menjaga kesihatan dan keselamatan diri.
- Menguruskan hal-hal kehidupan seharian.
- Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni.
- Mengembangkan potensi, bakat, daya kreatif dan intelek.
LATAR BELAKANG
- Berdasarkan pemeriksaan doktor.
- Maklumat daripada ibu bapa.
- Berdasarkan ujian yang dijalankan oleh guru.
STRATEGI
- Perbincangan dengan ibu bapa atau penjaga.
- Menjalankan pengajaran berdasarkan kemampuan dan kebolehan murid.
- Menjalankan Ujian Pencapaian.
AKTIVITI
- Mengadakan mesyuarat atau perbincangan di antara guru-guru Pendidikan Khas.
- Mengadakan Hari Terbuka di antara Guru Besar, Guru Pendidikan Khas serta
ibu bapa atau penjaga.
- Mengkaji perkembangan murid dari masa ke semasa.
- Lawatan .
- Bersukan.
- Hari Kemahiran Hidup.
PENILAIAN
- Melalui pemerhatian serta ujian.
- Melalui Rancangan Pendidikan Individu (RPI).
- Melalui temubual dengan murid serta ibu bapa atau penjaga.
PENYELIAAN
- Pentadbiran.
- Jabatan pendidikan Khas.
- Jawatankuasa Kelas Khas.
