© 2009 SK Bukit Beruang. All rights reserved. 
Selamat Datang!---------------Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang Melaka---------------- "ILMU NILAI HIDUP"-----------------Sentiasa Komited Berdedikasi Berkualiti
 
Identiti Sekolah
MATLAMAT  SEKOLAH
Melahirkan insan yang cemerlang, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan berdaya saing dalam pelbagai bidang.

OBJEKTIF  SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang dapat melahirkan murid yang:

  • Beragama serta patuh kepada Tuhan
  • Bertanggung jawab terhadap diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.
  • Berakhlak mulia, berilmu, berkemahiran dan berketrampilan
  • Sentiasa berdaya saing
  • Cintakan ilmu

MISI
Memberi pendidikan yang berkualiti secara adil kepada murid bagi melahirkan warga yang cemerlang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

VISI
Sekolah Kebangsaan Bukit Beruang menjadi sekolah cemerlang Negeri Melaka menjelang 2010.

PIAGAM
Kami dengan sedaya upaya akan berusaha membantu pelanggan kami dengan saksama dan terbaik melalui sikap dan perkhidmatan berdasarkan prinsip 8K :
  • Keredhaan kepada Allah
  • Keikhlasan tanpa pilih kasih
  • Kreatif dan sepasukan
  • Khidmat berkualiti dan berterusan
  • Kurangkan permasalahan
  • Ke arah sekolah berteknologi maklumat
  • Kesediaan menerima teguran
  • Ketakwaan kepada Allah