MENU UTAMA KATA ALUAN VISI DAN MISI SEJARAH OBJEKTIF PERANCANGAN ORGANISASI
KURIKULUM HEM KOKURIKULUM PENCAPAIAN AKTIVITI/PROGRAM TAKWIN BEKAS GURU BESAR


 

Ke Menu Utama

 

 

PN HJH MAIMUNAH BINTI BABA

GURU BESAR
SK PENGKALAN BALAK
2004

 

 

 

SEKAPUR SIREH

 

        Assalamualaikum dan salam sejahtera,

        

        Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat semua pihak, khasnya Jabatan Pelajaran Negeri Melaka yang telah memberi peluang dan menggerakkan semua sekolah rendah untuk mempunyai Laman Web mereka sendiri.

 

        Semenjak tahun 2000 setelah Laman Web pertama dibina, tiada apa yang berubah. Namun atas rasa tanggungjawab yang tinggi, mereka sekali lagi melatih guru-guru ICT bagaimana untuk mengemaskini Laman Web sekolah masing-masing.

Cara ini bukan sahaja menambahkan pengetahuan guru-guru, malahan dapat memartabatkan lagi profesion perguruan yang kian luntur.

 

        Selaras dengan konsep Sekolah Bestari, seharusnya semua sekolah dan rumah-rumah kediaman mendapat maklumat dihujung jari mereka. Namun, jika tiada kesungguhan, apa yang diimpikan tidak akan terlaksana. Hendak seribu daya, itulah faktor yang seharusnya menjadi pegangan semua guru.

 

        Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama melaksanakan apa yang dikehendaki oleh arus kemodenan. Slogan Pendidikan Cemerlang, Sekolah Gemilang dan Negara Terbilang - harus kita juak bersama.

 

        Sekian, terima kasih.