
| MENU UTAMA | KATA ALUAN | VISI & MISI | SEJARAH | OBJEKTIF | PERANCANGAN | ORGANISASI |
| KURIKULUM | HEM | KOKURIKULUM | PENCAPAIAN | AKTIVI/PROGRAM | TAKWIM | BEKAS GURU BESAR |
![]()
|
|
Nama asal sekolah ini adalah Sekolah Kebangsaan Melayu Pengkalan Balak.
Mula didirikan pada tahun 1905 dan terletak di hadapan Masjid Jamek Pengkalan Balak.
Tahun 1928, sekolah ini dipindahkan ke tapak yang ada sekarang.
Bangunan asal dua tingkat dan diperbuat daripada kayu. Pengasasnya ialah Datuk Tamby Chik Bin Ab. Karim.
Luas kawasan sekolah ialah 5 ekar 1 rod 19 pol.
Tahun 1981, bangunan kayu diganti bangunan kekal konkrit dua tingkat. Dilengkapi dengan bekalan air dan elektrik.
Telah dirasmikan oleh Y.A.B Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Hj Ab. Rahim bin Datuk Tamby chik pada 13 Mac 1986.
Pada tahun 1993, sebuah bangunan tambahan separuh kekal satu tingkat didirikan yang mengandungi 3 buah bilik darjah.
Sebelum itu, satu bangunan yang sama telah didirikan bersebelahan bangunan tambahan tersebut.
Pertambahan pelajar dari semasa ke semasa telah membuatkan pertambahan bangunan baru pada 1994.
Pertambahan 8 bilik darjah telah menjadikan sekolah ini agak lengkap dengan:-
16 buah bilik darjah
1 bilik makmal sains
1 bilik kemahiran hidup
1 kelas prasekolah
1 kelas pendidikan khas
1 padang
1 bilik makmal komputer
Pada masa ini, bilangan murid sekolah ini dianggarkan lebih kurang 542 orang
dengan 31 orang guru sebagai tenaga pengajar terlatih.
PEMANDANGAN SEKOLAH
|
|
|
|
|
|
|
|