KATA-KATA ALUAN GURU BESAR

 

 

 

 Bersyukur saya ke hadrat ilahi  kerana dengan limpah kurniaNya, saya dapat merakamkan sepatah dua kata dalam laman web Sekolah Kebangsaan Serkam bagi tahun 2004.        Perkembangan teknologi maklumat hari ini terlalu cepat dan maju.  Sekolah sebagai institusi pendidikan perlu mengikuti arus perkembangan ini.  Oleh itu, arahan Jabatan Pendidikan Melaka mewajibkan semua sekolah membina laman web masing-masing adalah bertepatan dengan perubahan ini.

Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam membina laman web ini. Kerjasama dan penglibatan guru-guru dalam membina laman web sekolah sangat penting kerana ia adalah gambaran perpaduan sesebuah institusi itu. Walaupun laman web ini adalah yang pertama, diharapkan ia dapat memenuhi kriteria Jabatan Pendidikan Melaka dan menjadi laman web pilihan.

Akhir kata saya mengharapkan agar semua pengunjung laman web ini dapat memanfaatkan isi kandungan yang telah dipaparkan. 

 

Sekian, terima kasih.

Selamat Maju Jaya.

 

(PN. HJH. ROSIAH BT. HJ. ISMAIL )

GURU BESAR

SK SERKAM, MERLIMAU,

MELAKA.

 

sejarah
motto
organisasi

staff
aktiviti