|
.::ADIK HUSNUL ATHIRAH DINOBATKAN SEBAGAI TOKOH
MURID MITAHLI BULAN APRIL 2008::.
SKSD
5 Mei 2008 - Adik Husnul Athirah bte Jainal, murid tahun 5 Aktif telah
dinobatkan sebagai Murid Mithali bulan April 2008. Anugerah yang julung
kali diadakan ini merupakan satu usaha bagi mewujudkan iklim diniah bagi
melahirkan murid-murid yang bersahsiah (berkeperibadian) yang tinggi,
berketerampilan, berdisiplin dan pencapaian prestasi akademik yang
membanggakan. Program ini adalah hasil usaha Panitia Pendidikan Islam
bersama Unit Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Adalah
diharapkan, dengan usaha yang direncanakan ini, mudah-mudahan semua
murid sekolah ini dapat menjadi murid yang berhemah tinggi, berwibawa,
cemerlang, gemilang dan terbilang.
.::KEMPEN MENDERMA DARAH SEMPENA SAMBUTAN HARI
GURU 2008::.
Sempena Sambutan Hari
Guru Tahun ini, Kementerian Kesihatan Negeri Melaka dengan kerjasama
Jabatan Pelajaran Negeri Melaka telah mengadakan Kempen menderma darah
bagi kakitangan pendidikan. Bagi kawasan Merlimau, kempen ini telah
diadakan pada 24 April 2008 (Hari Khamis) bertempat di Dewan Makan
Asrama SMK Datuk Abdul Rahman Yaakub. Sambutan kali ini amat
menggalakkan dan tidak ketinggalan juga warga SKSD yang turut menderma
sebahagian dari darah mereka. Bagi Ustaz Mohd Elyas Zaidey, ini
merupakan kali ke tiga beliau menderma darah dan akan meneruskan usaha
yang murni ini demi untuk membantu mereka yang memerlukannya. Bagi Cikgu
Azmeer Muhtar pula yang juga staf SKSD amat berharap golongan pendidik
dapat menyahut cabaran ini demi menampung bekalan darah yang sentiasa
diperlukan. Seorang lagi staf SKSD yang tidak mahu dikenali berkata, ini
merupakan kali pertama beliau menderma darah. perasaan takut dan cemas
melandanya sehari sebelum dan ketika darahnya hendak diambil.
Walaubagaimanapun, setelah darahnya diambil, barulah hilang rasa cemas
malah rasa berbangga kerana beliau dapat menyumbang untuk tabung darah
negara. Adalah diharapkan, kempen-kempen seperti ini akan mendapat
sambutan dari warga pendidik khususnya dan seluruh rakyat Malaysia
amnya.
.::ADIK MUZAMMIL BIN HJ. AWALDIN - NAIB JOHAN
TILAWAH MTQ
NEGERI MELAKA::.

Adik Muzammil bin Hj. Awaldin,
murid tahun 6 Aktif yang merupakan peserta tunggal SKSD ke Majlis
Tadarus Al-Quran Peringkat Negeri Melaka di SK Terendak Kem, telah
berjaya menjadi naib Johan Tilawah Al-Quran bawah 12 tahun. Menurut
Ustaz Mohd Elias Zaidey, adik Muzammil telah membaca ayat-ayat al-Quraan
dengan tenang dan dapat membawa 3 lagu tarannum al-quran dengan baik.
Alhamdulillah, warga SKSD mengambil kesempatan untuk mengucapkan
setinggi-tinggi tahniah kepada adik Muzammil dan keluarganya di atas
kejayaan ini. Mudah-mudahan, ini akan dapat memberikan semangat dan
dorongan kepada pelajar-pelajar lain.
.::SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2008::.
Sempena dengan bulan Rabiul Awwal tahun ini, Panitia Pendidikan Islam
SKSD telah mencipta sejarah dengan mengadakan Sambutan Maulidur Rasul
peringkat sekolah dengan bergabung tenaga bersama Sekolah Menengah Arab
Saiyidah Khadijah, Merlimau, Melaka. Sambutan ini telah diadakan pada 31
Mac 2008. Majlis ini dimulakan dengan perasmian oleh YB Datuk Wira Hj.
Ahmad bin Hamzah (Ahli Parlimen Jasin) di perkarangan SMA Saiyidah
Khadijah. Majlis diteruskan dengan perarakan kontijen ke dua-dua buah
sekolah seramai lebih kurang 900 orang pelajar. Majlis perarakan melalui
kawasan taman-taman perumahan di sekitar Serkam Darat. Perarakan
berakhir di Sekolah Kebangsaan Serkam Darat. Majlis sambutan ini
diteruskan dengan acara dewan dan syarahan oleh pencaramah jemputan dari
"Rumahku Syurgaku". Bagi Pn. Faridah (Pengetua SMA Saiyidah Khadijah),
majlis ini telah berjaya memupuk semangat kerjasama di antara ke dua-dua
belah pihak dan insya-Allah, usaha yang murni ini akan diteruskan di
masa-masa akan datang.
.::TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE 8 2008::.
Temasya Sukan Tahunan Kali
Ke 8 SKSD yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Sokongan padu yang diberikan oleh guru-guru, pekerja, murid-murid dan
ibu bapa menjadikan Temasya Sukan ini
begitu meriah dan penuh ceria. Temaysa
kali ini telah berjaya mencungkil ramai tokoh olahragawan SKSD yang akan
mewakili sekolah ke Kejohanan Olahraga MSSM yang akan dilangsungkan di
SMK Sungai Rambai pada pertengahan bulan Mac ini. Unit Kokurikulum SKSD
mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada PIBG SKSD, pihak pentadbir, guru-guru, pekerja, murid-murid,
ibu bapa dan pihak-pihak yang menyumbang dalam bentuk kewangan dan
tenaga ke arah menjayakan Temasya Sukan SKSD kali ini, hanya Allah Taala
sahaja yang akan dapat membalas jasa kalian, Amin...
.::TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE 8 2008::.
Unit Ko-Kurikulum SKSD akan melaksanakan Temasya Sukan Tahunan Kali
Ke 8 pada 1 Mac 2008 ( hari Sabtu ) ini. YB Datuk Wira Hj. Ahmad bin Hamzah DCSM, DMSM, KMN, PJK
(Exco Kerajaan Negeri Melaka) akan
menyempurnakan perasmian Temasya tersebut yang dijadualkan
pada jam 8.30 pagi. Ibu-bapa yang berkesempatan dijemput hadir pada hari
berkenaan bagi memeriahkan lagi Temasya Sukan kali ini.
.::MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE 2008::.
Unit Bimbingan dan Kaunseling SKSD dengan kerjasama Guru-guru
pelatih IPPM, julung kalinya akan mengadakan Program Mentor Mentee
secara On-line. Majlis pelancaran ini akan diadakan pada 25 Februari
2008 di Dewan Hjh. Maimunah Khamis. Dalam melakukan satu inovasi, pihak
sekolah berusaha memantapkan lagi program ini dengan memberi peluang
kepada ibu bapa atau penjaga memantau kecemerlangan anak-anak mereka
melalui laporan perjumpaan yang akan dipaparkan di laman web ini.
KERTAS CADANGAN MENTOR MENTEE 2008
.:: "AL-ILHAM" KAMI BERBANGGA DENGANMU!!! ::.
Sekali lagi pasukan nasyid Al-Ilham Sekolah Kebangsaan Serkam Darat
telah mencipta nama di dalam Festival Nasyid Sekolah Rendah Peringkat
Kawasan Merlimau 2008 yang berlangsung di SK Sempang pada 19 Februari
2008 yang lalu. Pasukan nasyid al-Ilham yang dipimpin oleh Ustazah
Noorzilawaty Mohd Yusof, Ustaz Mohd Elias Zaidey, Ustazah Suzannah,
Usatazah Suhailah dan Ustazah Kazilah telah menunjukkan persembahan yang
mantap dan memukau sidang hadirin yang menyaksikan persembahan mereka.
Kumpulan Al-Ilham di cabar hebat oleh pasukan-pasukan nasyid dari
sekolah-sekolah yang mengambil bahagian termasuklah pasukan nasyid dari
SRA Merlimau Pasir yang telah menjuarai pertandingan tersebut. Walaupun
kumpulan Al-Ilham hanya mendapat tempat KE DUA dan tidak dapat
mempertahankan kejuaraan mereka, tetapi kami berbangga kerana markah
mereka terlalu hampir dengan markah SRA Merlimau Pasir. Sedara Online
juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan TAHNIAH kepada pasukan
nasyid SRA Merlimau Pasir yang telah menjuarai pertandingan tersebut.
Kedua-dua pasukan ini akan mewakili kawasan Merlimau ke Festival Nasyid
peringkat Negeri Melaka yang dijangka berlangsung pada 28 Februari 2008
ini. Mudah-mudahan kedua-dua pasukan nasyid ini akan memenangi
pertandingan tersebut, Insya-Allah. Sedara Online juga mengambil
kesempatan untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Tn.
Guru Besar SKSD, Guru-guru Penolong Kanan SKSD, Guru-guru serta staf
SKSD, AJK PIBG SKSD, Pengetua Maahad Saiyidah Khadijah, Pengetua SMKA
Syarifah Rodziah, En. Anuar Jaafar dan semua yang terlibat membantu
melatih pasukan Al-Ilham. Hanya Allah Taala sahaja yang dapat membalas
jasa kalian.
Koleksi Gambar
.:: TAHNIAH BUAT TN. HJ. ISMAIL MINHAD ::.

Warga SKSD
mengambil kesempatan
mengucapkan tahniah kepada Tn. Hj. Ismail bin Minhad kerana telah
dilantik dengan rasminya sebagai Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
berkuatkuasa 1 Januari 2008. Sekalung tahniah juga kepada ketiga-tiga
GPK SKSD kerana telah dilantik sebagai jawatan Hakiki, juga berkuatkuasa
pada tarikh yang sama. Mudah-mudahan dengan tanggungjawab yang
diamanahkan akan dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan bimbingan Tn.
Guru Besar dan kerjasama barisan guru-guru dan staff SKSD yang penuh
dedikasi ke arah kecemerlangan SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM DARAT.
.:: SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1429 ::.
Warga SKSD
mengucapkan salam maal hijrah 1429 buat seluruh umat Islam. Sempena
sambutan ini, Panitia Pendidikan Islam SKSD akan menganjurkan program
Sambutan Maal Hijrah pada 11 Januari 2008 bersamaan dengan hari Jumaat
jam 8.00 pagi. Sambutan itu akan dipenuhi dengan Ceramah Maal Hijrah
oleh Yang Berbahagia Ustaz Dahlan Suramin dari Sekolah Menengah Agama
Maahad Tahfiz, Chenderah.
.:: SELAMAT TAHUN BARU 2008 & SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ::.
Warga SKSD
ingin mengucapkan Selamat
Tahun Baru 2008 kepada semua warga pendidik dan anak-anak
pelajar. Mudah-mudahan tahun ini menjanjikan kejayaan untuk semua, Insya-Allah.
Warga SKSD juga ingin mengambil kesempatan mengalu-alukan kedatangan
keluarga baru kami iaitu Pn. Unaisah bte Berahim, Pn. Martina bte Mohd
Nor, Pn. Suhaidah bte Hamzah dan Cikgu Sufiahana bte Mahzan. Kami juga
ingin mengucapkan selamat bertugas di tempat yang baru kepada Pn.
Norhayati bte Sulaiman (GPK Ko-ku SK. Merlimau 2), Pn. Normah bte Jarno
dan Pn. Nurul Aini bte Abu Bakar. Segala pengorbanan dan jasa kalian
kami doakan mendapat balasan dari-NYA, Insya-Allah.
.:: KEPUTUSAN UPSR 2007 YANG MEMBERANGSANGKAN ::.
Warga SKSD mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi
tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan
yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR 2007. Seramai 13 orang pelajar
telah berjaya mendapat 5A berbanding 7 orang calon 2006. Tidak lupa juga
setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Tn. Hj. Adam bin Md. Dali
(Guru Besar), Pn. Fadhilah Embi (GPK 1), En. Omar bin Ismail (GPK HEM),
Guru-guru tahun 6 sesi 2007 yang terdiri daripada Pn. Rozita Abu (BM),
En. Hamzah Hussin / En. Azmeer Muhtar (Matematik), Pn. Norhaslina Jus /
Cik Irdawati Basri (BI), Pn. Normah Jarno (Sains) dan semua guru dan
staf SKSD dan ibu bapa yang telah bertungkus lumus untuk memastikan
kejayaan anak-anak SKSD. Allah Taala sahajalah yang akan membalas jasa
kalian, amiin...
Koleksi Gambar
Analisa Keputusan UPSR 2007
:: KEPUTUSAN KENAIKAN PANGKAT "TIME BASED" GRED
DGA 32 ::
Warga SEDARA ONLINE ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada
guru-guru yang telah berjaya dilantik ke gred DGA 32 "time based" (KUP).
Antara guru-guru yang berjaya dikesan mendapat lantikan tersebut ialah :
EN. ABD. MAJID BIN ABU BAKAR, EN. HAMZAH HUSSIN, EN. ABD. KADIR HAMIDON,
EN. OMAR ISMAIL, PN. NOR HAYATI SULAIMAN, CIK HASNAH DOLMAT DAN PN.
NORHAZLINA BINT JUS. Untuk menyemak keputusan Kenaikan Pangkat "time
based" Gred DGA 32 sila klik
di sini
|