LAMAN UTAMA || ALUAN || SEJARAH || ORGANISASI || KURIKULUM || HEM || KOKURIKULUM || AKTIVITI || e-SKSD || WARGA SKSD ||ALBUM|| BUKU PELAWAT


TARIKH HIJRAH

 

INFO EKSPRESS

Kalendar Persekolahan 2008

 

Jadual Cuti 2007

 

Senarai Staf SKSD 2008  
Info Ramadhan (Siri 1 )
Info Ramadhan (Siri 2 )
 

e-SKSD

e-Mentor-Mentee New
e-PM, Rancangan Tahunan &
Berbagai borang

KEJAYAAN 2008

TERBARU:
Pertandingan Nasyid (Kaw. Merlimau):
Naib Johan

Perandingan Badminton (Kaw. Merlimau):
Johan Single (P) B10, Johan Bergu (P) B12, N.Johan Bergu (L) B12, N.Johan Single (P) B12

Pertandingan Sepak Takraw (Kaw. Merlimau):
Naib Johan
Pertandingan Bola Sepak (Kaw. Merlimau):
Johan

UPSR 2007

ALHAMDULILLAH DAN SEKALUNG TAHNIAH KEPADA SEMUA PELAJAR YANG TELAH BERJAYA DENGAN CEMERLANG. SERAMAI 13 ORANG PELAJAR TELAH BERJAYA MEMPEROLEHI 5A UNTUK SEMUA MATA PELAJARAN.

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ONLINE

SEMAK DI SINI

LAMAN PILIHAN BULAN INI

Laman Al-azim.com
(Jaringan Masjid Di Melaka)

FASILITI BARU SKSD

DEWAN HAJJAH MAIMUNAH KHAMIS  
 VIDEO KLIP

SUDUT FORUM

(CIKGU.NET)

SEDARA ONLINE

SELAMAT HARI LAHIR

BULAN SEPTEMBER / OKTOBER

PN. SAPIAH BTE DAUD

PN. FADHILAH BTE EMBI

EN. MUSTAFA JAAMAT

TN. HJ. ADAM BIN MD. DALI

PN. UNAISAH BTE BERAHIM

EN. ABD. MAJID BIN ABU BAKAR

TOKOH MURID MITHALI 2008

BULAN MEI

ZULAIKA BTE MOHD TAHIR

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Telefon/ Fax: 606 - 2636 217
Guru Besar: En. Adam bin Md. Dali
Emel: sksdarat@sekolah.mmu.edu.my

ANDA PELAWAT KAMI YANG KE:

Sejak 1 Oktober 2004





Portal UstazMelaka.net

SEMBANG-SEMBANG SEDARA ONLINE

  harap maaf...
ruangan sembang-sembang online dihentikan buat sementara waktu.

 
 

GAMBAR PILIHAN


Renungan maarifat
 

::: SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB SEDARA ONLINE :::



 


PROGRAM MARHABAN SKSD 2008
Tarikh : 11 Oktober 2008
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 pagi
-----------------------

MINGGU KO-KURIKULUM 2008
28/10/2008 hingga 2/11/2008
28/10/2008 (Selasa) : Kursus Pemantapan Fardhu Ain
29/10/2008 (Rabu) : Pertandingan Kuiz Unit Beruniform
30/10/2008 (Khamis) : Hari Kantin
31/10/2008 - 2/11/2008 : Perkhemahan Unit Beruniform

-----------------------



DARI MELAKA KE SERKAM DARAT
MASA PERJALANANNYA TIDAKLAH LAMA
KUNJUNGAN TUAN AMATLAH TEPAT
MOGA TERJALIN SILATURRAHIM BERSAMA.

Oleh: En. Adam Md. Dali,  Guru Besar SKSD

:: BERITA SEMASA

 

.::PROGRAM MARHABAN SKSD 2008::.

Sempena Hari Raya Idil Fitri 1429H, Panitia Pendidikan Islam SKSD akan menganjurkan program Marhaban ke rumah-rumah dalam lingkungan 2 km dari Sekolah. Kepada masyarakat setempat yang berminat untuk menerima kunjungan kumpulan marhaban SKSD, sila berhubung dengan pihak sekolah. Majlis ini akan diadakan pada 11 Oktober 2008 bersamaan dengan hari Sabtu.

.::PROGRAM IHYA' RAMADHAN SKSD 2008::.

Seperti tahun-tahun lalu, Panitia Pendidikan Islam SKSD terus merencana program-program yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada warga SKSD ke arah mengimarahkan bulan Ramadhan kali ini. Ketua Panitia Pendidikan Islam SK Serkam Darat, Ustaz Mohd Elias Zaidey melahirkan rasa terharu di atas kerjasama seluruh warga SKSD di dalam menjayakan program-program yang dijalankan.

.::MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-8 2008::.

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-8 2008 akan diadakan pada 19 Julai 2008 bersamaan dengan hari Sabtu, jam 2.15 petang. Mesyuarat ini akan dirasmikan oleh YB Ghazale bin Muhamad, ADUN Kawasan Serkam. Ibu bapa / penjaga dijemput hadir bagi memberi idea dan sokongan ke arah kejayaan anak-anak dan kecemerlangan sekolah.

.::PENAJA MURID CEMERLANG UPSR 2008::.

Kepada Ibu bapa / penjaga yang berhajat menaja salah seorang murid TARGET Cemerlang UPSR 2008, bolehlah menghubungi pihak sekolah atau semasa Mesyuarat Agung PIBG pada 19 Julai 2008 nanti. Sekiranya murid tajaan tuan/puan memperoleh 5A dalam peperiksaan UPSR 2008, tuan/puan bolehlah memberi sumbangan seikhlas hati. Semuga usaha kita akan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan UPSR 2008 nanti, Insya-Allah.

.::ADIK ZULAIKA BTE MOHD TAHIR DITABALKAN SEBAGAI TOKOH MURID MITHALI BULAN MEI 2008::.

Sekalung tahniah untuk adik Zulaika bte Mohd Tahir, murid tahun 3 Aktif kerana telah ditabalkan sebagai murid Mithali bulan Mei 2008. Adik Zulaika merupakan seorang Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang berdedikasi dengan kerja yang diamanahkan kepadanya. Beliau juga seorang murid yang aktif di dalam kelas dan berhemah tinggi dengan guru bahkan juga dengan rakan-rakan seperjuangannya.Diharapkan dengan pemilihan adik Zulaika daripada tahap 1 ini memberikan cabaran pada murid-murid yang lain terutama daripada tahap 2 untuk menonjolkan diri sebagai murid mithali pada bulan-bulan yang seterunya. Semoga dengan sikap yang berlumba-lumba ini untuk menjadi murid yang bersahsiah tinggi dan pencapaian akademik yang cemerlang dapat melahirkan modal insan yang terbaik daripada SK Serkam Darat. Aminnn.


.::ADIK HUSNUL ATHIRAH DINOBATKAN SEBAGAI TOKOH MURID MITAHLI BULAN APRIL 2008::.

SKSD 5 Mei 2008 - Adik Husnul Athirah bte Jainal, murid tahun 5 Aktif telah dinobatkan sebagai Murid Mithali bulan April 2008. Anugerah yang julung kali diadakan ini merupakan satu usaha bagi mewujudkan iklim diniah bagi melahirkan murid-murid yang bersahsiah (berkeperibadian) yang tinggi, berketerampilan, berdisiplin dan pencapaian prestasi akademik yang membanggakan. Program ini adalah hasil usaha Panitia Pendidikan Islam bersama Unit Disiplin dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Adalah diharapkan, dengan usaha yang direncanakan ini, mudah-mudahan semua murid sekolah ini dapat menjadi murid yang berhemah tinggi, berwibawa, cemerlang, gemilang dan terbilang.


.::KEMPEN MENDERMA DARAH SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2008::.

Sempena Sambutan Hari Guru Tahun ini, Kementerian Kesihatan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Melaka telah mengadakan Kempen menderma darah bagi kakitangan pendidikan. Bagi kawasan Merlimau, kempen ini telah diadakan pada 24 April 2008 (Hari Khamis) bertempat di Dewan Makan Asrama SMK Datuk Abdul Rahman Yaakub. Sambutan kali ini amat menggalakkan dan tidak ketinggalan juga warga SKSD yang turut menderma sebahagian dari darah mereka. Bagi Ustaz Mohd Elyas Zaidey, ini merupakan kali ke tiga beliau menderma darah dan akan meneruskan usaha yang murni ini demi untuk membantu mereka yang memerlukannya. Bagi Cikgu Azmeer Muhtar pula yang juga staf SKSD amat berharap golongan pendidik dapat menyahut cabaran ini demi menampung bekalan darah yang sentiasa diperlukan. Seorang lagi staf SKSD yang tidak mahu dikenali berkata, ini merupakan kali pertama beliau menderma darah. perasaan takut dan cemas melandanya sehari sebelum dan ketika darahnya hendak diambil. Walaubagaimanapun, setelah darahnya diambil, barulah hilang rasa cemas malah rasa berbangga kerana beliau dapat menyumbang untuk tabung darah negara. Adalah diharapkan, kempen-kempen seperti ini akan mendapat sambutan dari warga pendidik khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

.::ADIK MUZAMMIL BIN HJ. AWALDIN - NAIB JOHAN TILAWAH  MTQ NEGERI MELAKA::.

       Adik Muzammil bin Hj. Awaldin, murid tahun 6 Aktif yang merupakan peserta tunggal SKSD ke Majlis    Tadarus Al-Quran Peringkat Negeri Melaka di SK Terendak Kem, telah berjaya menjadi naib Johan Tilawah Al-Quran bawah 12 tahun. Me
nurut Ustaz Mohd Elias Zaidey, adik Muzammil telah membaca ayat-ayat al-Quraan dengan tenang dan dapat membawa 3 lagu tarannum al-quran dengan baik. Alhamdulillah, warga SKSD mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada adik Muzammil dan keluarganya di atas kejayaan ini. Mudah-mudahan, ini akan dapat memberikan semangat dan dorongan kepada pelajar-pelajar lain.

.::SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2008::.

Sempena dengan bulan Rabiul Awwal tahun ini, Panitia Pendidikan Islam SKSD telah mencipta sejarah dengan mengadakan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah dengan bergabung tenaga bersama Sekolah Menengah Arab Saiyidah Khadijah, Merlimau, Melaka. Sambutan ini telah diadakan pada 31 Mac 2008. Majlis ini dimulakan dengan perasmian oleh YB Datuk Wira Hj. Ahmad bin Hamzah (Ahli Parlimen Jasin) di perkarangan SMA Saiyidah Khadijah. Majlis diteruskan dengan perarakan kontijen ke dua-dua buah sekolah seramai lebih kurang 900 orang pelajar. Majlis perarakan melalui kawasan taman-taman perumahan di sekitar Serkam Darat. Perarakan berakhir di Sekolah Kebangsaan Serkam Darat. Majlis sambutan ini diteruskan dengan acara dewan dan syarahan oleh pencaramah jemputan dari "Rumahku Syurgaku". Bagi Pn. Faridah (Pengetua SMA Saiyidah Khadijah), majlis ini telah berjaya memupuk semangat kerjasama di antara ke dua-dua belah pihak dan insya-Allah, usaha yang murni ini akan diteruskan di masa-masa akan datang.

.::TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE 8 2008::.

Temasya Sukan Tahunan Kali Ke 8 SKSD yang dirancang telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sokongan padu yang diberikan oleh guru-guru, pekerja, murid-murid dan ibu bapa menjadikan Temasya Sukan ini
begitu meriah dan penuh ceria. Temaysa kali ini telah berjaya mencungkil ramai tokoh olahragawan SKSD yang akan mewakili sekolah ke Kejohanan Olahraga MSSM yang akan dilangsungkan di SMK Sungai Rambai pada pertengahan bulan Mac ini. Unit Kokurikulum SKSD mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada PIBG SKSD, pihak pentadbir, guru-guru, pekerja, murid-murid, ibu bapa dan pihak-pihak yang menyumbang dalam bentuk kewangan dan tenaga ke arah menjayakan Temasya Sukan SKSD kali ini, hanya Allah Taala sahaja yang akan dapat membalas jasa kalian, Amin...

.::TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE 8 2008::.

Unit Ko-Kurikulum SKSD akan melaksanakan Temasya Sukan Tahunan Kali Ke 8 pada 1 Mac 2008 ( hari Sabtu ) ini. YB Datuk Wira Hj. Ahmad bin Hamzah DCSM, DMSM, KMN, PJK (Exco Kerajaan Negeri Melaka) akan menyempurnakan perasmian Temasya tersebut yang dij
adualkan pada jam 8.30 pagi. Ibu-bapa yang berkesempatan dijemput hadir pada hari berkenaan bagi memeriahkan lagi Temasya Sukan kali ini.

.::MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE 2008::.

Unit Bimbingan dan Kaunseling SKSD dengan kerjasama Guru-guru pelatih IPPM, julung kalinya akan mengadakan Program Mentor Mentee secara On-line. Majlis pelancaran ini akan diadakan pada 25 Februari 2008 di Dewan Hjh. Maimunah Khamis. Dalam melakukan satu inovasi, pihak sekolah berusaha memantapkan lagi program ini dengan memberi peluang kepada ibu bapa atau penjaga memantau kecemerlangan anak-anak mereka melalui laporan perjumpaan yang akan dipaparkan di laman web ini.

                                                                                                              KERTAS CADANGAN MENTOR MENTEE 2008       

.:: "AL-ILHAM" KAMI BERBANGGA DENGANMU!!! ::.

Sekali lagi pasukan nasyid Al-Ilham Sekolah Kebangsaan Serkam Darat telah mencipta nama di dalam Festival Nasyid Sekolah Rendah Peringkat Kawasan Merlimau 2008 yang berlangsung di SK Sempang pada 19 Februari 2008 yang lalu. Pasukan nasyid al-Ilham yang dipimpin oleh Ustazah Noorzilawaty Mohd Yusof, Ustaz Mohd Elias Zaidey, Ustazah Suzannah, Usatazah Suhailah dan Ustazah Kazilah telah menunjukkan persembahan yang mantap dan memukau sidang hadirin yang menyaksikan persembahan mereka. Kumpulan Al-Ilham di cabar hebat oleh pasukan-pasukan nasyid dari sekolah-sekolah yang mengambil bahagian termasuklah pasukan nasyid dari SRA Merlimau Pasir yang telah menjuarai pertandingan tersebut. Walaupun kumpulan Al-Ilham hanya mendapat tempat KE DUA dan tidak dapat mempertahankan kejuaraan mereka, tetapi kami berbangga kerana markah mereka terlalu hampir dengan markah SRA Merlimau Pasir. Sedara Online juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan TAHNIAH kepada pasukan nasyid SRA Merlimau Pasir yang telah menjuarai pertandingan tersebut. Kedua-dua pasukan ini akan mewakili kawasan Merlimau ke Festival Nasyid peringkat Negeri Melaka yang dijangka berlangsung pada 28 Februari 2008 ini. Mudah-mudahan kedua-dua pasukan nasyid ini akan memenangi pertandingan tersebut, Insya-Allah. Sedara Online juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Tn. Guru Besar SKSD, Guru-guru Penolong Kanan SKSD, Guru-guru serta staf SKSD, AJK PIBG SKSD, Pengetua Maahad Saiyidah Khadijah, Pengetua SMKA Syarifah Rodziah, En. Anuar Jaafar dan semua yang terlibat membantu melatih pasukan Al-Ilham. Hanya Allah Taala sahaja yang dapat membalas jasa kalian.
                                                                                          
                                                             Koleksi Gambar

.:: TAHNIAH BUAT TN. HJ. ISMAIL MINHAD ::.



Warga SKSD mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Tn. Hj. Ismail bin Minhad kerana telah dilantik dengan rasminya sebagai Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas berkuatkuasa 1 Januari 2008. Sekalung tahniah juga kepada ketiga-tiga GPK SKSD kerana telah dilantik sebagai jawatan Hakiki, juga berkuatkuasa pada tarikh yang sama. Mudah-mudahan dengan tanggungjawab yang diamanahkan akan dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan bimbingan Tn. Guru Besar dan kerjasama barisan guru-guru dan staff SKSD yang penuh dedikasi ke arah kecemerlangan SEKOLAH KEBANGSAAN SERKAM DARAT.   

.:: SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH 1429 ::.

Warga SKSD mengucapkan salam maal hijrah 1429 buat seluruh umat Islam. Sempena sambutan ini, Panitia Pendidikan Islam SKSD akan menganjurkan program Sambutan Maal Hijrah pada 11 Januari 2008 bersamaan dengan hari Jumaat jam 8.00 pagi. Sambutan itu akan dipenuhi dengan Ceramah Maal Hijrah oleh Yang Berbahagia Ustaz Dahlan Suramin dari Sekolah Menengah Agama Maahad Tahfiz, Chenderah.

.:: SELAMAT TAHUN BARU 2008 & SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ::.

Warga SKSD ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2008 kepada semua warga pendidik dan anak-anak pelajar. Mudah-mudahan tahun ini menjanjikan kejayaan untuk semua, Insya-Allah. Warga SKSD juga ingin mengambil kesempatan mengalu-alukan kedatangan keluarga baru kami iaitu Pn. Unaisah bte Berahim, Pn. Martina bte Mohd Nor, Pn. Suhaidah bte Hamzah dan Cikgu Sufiahana bte Mahzan. Kami juga ingin mengucapkan selamat bertugas di tempat yang baru kepada Pn. Norhayati bte Sulaiman (GPK Ko-ku SK. Merlimau 2), Pn. Normah bte Jarno dan Pn. Nurul Aini bte Abu Bakar. Segala pengorbanan dan jasa kalian kami doakan mendapat balasan dari-NYA, Insya-Allah.
 

.:: KEPUTUSAN UPSR 2007 YANG MEMBERANGSANGKAN ::.

Warga SKSD mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR 2007. Seramai 13 orang pelajar telah berjaya mendapat 5A berbanding 7 orang calon 2006. Tidak lupa juga setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Tn. Hj. Adam bin Md. Dali (Guru Besar), Pn. Fadhilah Embi (GPK 1), En. Omar bin Ismail (GPK HEM), Guru-guru tahun 6 sesi 2007 yang terdiri daripada Pn. Rozita Abu (BM), En. Hamzah Hussin / En. Azmeer Muhtar (Matematik), Pn. Norhaslina Jus / Cik Irdawati Basri (BI), Pn. Normah Jarno (Sains) dan semua guru dan staf SKSD dan ibu bapa yang telah bertungkus lumus untuk memastikan kejayaan anak-anak SKSD. Allah Taala sahajalah yang akan membalas jasa kalian, amiin...

                                                                                                                                                    Koleksi Gambar

                                                                                                                                 Analisa Keputusan UPSR 2007




:: SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK ::

:: KEPUTUSAN KENAIKAN PANGKAT "TIME BASED" GRED DGA 32  ::

Warga SEDARA ONLINE ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada guru-guru yang telah berjaya dilantik ke gred DGA 32 "time based" (KUP). Antara guru-guru yang berjaya dikesan mendapat lantikan tersebut ialah : EN. ABD. MAJID BIN ABU BAKAR, EN. HAMZAH HUSSIN, EN. ABD. KADIR HAMIDON, EN. OMAR ISMAIL, PN. NOR HAYATI SULAIMAN, CIK HASNAH DOLMAT DAN PN. NORHAZLINA BINT JUS. Untuk menyemak keputusan Kenaikan Pangkat "time based" Gred DGA 32 sila klik di sini

 

:: KALIAN TETAP SEGAR DALAM INGATAN
Guru-Guru yang berpindah pada akhir tahun 2007 dan awal tahun 2008:
> Pn. Norhayati bte Sulaiman (GPK Ko-ku SK Merlimau 2)
> Pn. Normah bte Jarno
> Pn. Nurul Aini bte Abu Bakar
> En. Hamzah Hussin (GPK HEM SK Duyong)
> En. Zailani Ibrahim
> Pn. Norazlina bte Hj. Jus (ke SK Batu Gajah)
> Pn. Raha Rahayu bte Mohd Nor (ke SK Serkam)
 
:: WARGA BARU SKSD
Guru-Guru yang berpindah ke SKSD akhir tahun 2007 dan awal tahun 2008:
> Pn. Unaisah bte Berahim
> Pn. Martina bte Mohd Nor
> Pn. Suhaidah bte Hamzah
> Cik Sufiahana bte Mahzan @ Mohd Zin
> Pn. Roszelah bte Jantan
 
    E-mail Login
 Username :

(Admin Sahaja)

 Password :  

PAUTAN  PINTAR SEDARA ONLINE

ENJIN PENCARI

PENDIDIKAN

AKHBAR TEMPATAN

Google

Yahoo

Cari

Catcha

0

PAUTAN TERPILIH

Kementerian Pelajaran Malaysia

PPD Jasin

Zoom-A

Sekolah Melaka Online

Didik Online
Tutor Utusan Malaysia
Open University Malaysia
Jabatan Pelajaran Melaka
Blog Panitia Pendidikan Islam Daerah Jasin
Lain-lain Laman Pendidikan

Berita Harian

Melaka Hari Ini

Utusan Malaysia

Harian Metro

The Star     |||    The Sun

New Straits Times

RESOLUSI TERBAIK: 1024 X 768. PELAYAR: IE 6 ^

LAGU LATAR (MIDI): LAGU RAYA

:::.TARIKH MULA LAMAN WEB: 01 OKTOBER 2004::::
::KEMASKINI AKHIR: 18 OGOS 2008 :::02.10 P.M:::

PENAJA HOS WEB :
UNIVERSITI MULTIMEDIA, MALAYSIA

©2008 Unit ICT SEDARA ONLINE.
Hubungi Webmaster