LAMAN UTAMA || ALUAN || SEJARAH || ORGANISASI || KURIKULUM || HEM || KOKURIKULUM || AKTIVITI || e-SKSD || WARGA SKSD ||ALBUM|| BUKU PELAWAT

 

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين , والصلوة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين .

Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, laman web SEDARA ONLINE ini dapat diakses oleh kita semua. Sebagai pentadbir di sekolah yang berwatakkan ICT ini, saya sesungguhnya berasa amat berbangga dan bersyukur kerana dapat bersama menggerakkan sekolah ini ke arah kemajuan teknologi sejajar dengan hasrat kerajaan kita.

Saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan sekalung tahniah kepada Unit ICT SEDARA ONLINE atas usaha mereka membangunkan seterusnya mengemaskini laman web sekolah ini agar ianya sentiasa segar dan juga mempamirkan maklumat yang terkini. Saya amat memahami kekangan masa dan juga beberapa masalah yang dihadapi oleh webmaster untuk menjadikan laman kita sebagai laman yang terbaik untuk kegunaan warga sekolah ini khususnya. Saya yakin, dengan perancangan yang telah dibuat, usaha untuk menjadikan laman ini sebagai laman yang interaktif oleh guru, pelajar dan juga ibu bapa akan tercapai jua akhirnya. Hasrat murni tersebut akan mendapat rahmat dan restu Ilahi hendaknya kerana sesungguhnya Allah amat menyukai perkara-perkara yang baik. Doa dan azam yang dilafazkan akan dimakbulkan jua akhirnya sepertimana firmannya yang bermaksud "Berdoa(Minta)lah daripada Aku, nescaya Aku akan kabulkan"dan "Setelah kamu berusaha, maka bertawakkallah kepada Ku". Yakinlah kepadaNya...

Saya juga  mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Melaka khususnya Unit Maklumat dan Pegawai Bestari yang memberikan kita ruang yang cukup luas untuk bergerak maju dalam bidang ICT ini. Kami telah diberi peluang melaksanakan program Lesson Exercise Manager (LEM) sebagai salah satu usaha memudahkan urusan penyediaan soalan dan penyemakannya. Makmal ICT sekolah ini juga sering digunakan oleh JPN dan PPD untuk beberapa kursus yang melibatkan penggunaan ICT walaupun kami hanya mempunyai makmal yang sederhana tidak selengkap makmal sekolah yang mempunyai bangunan makmal komputer yang tersendiri. Bagi kami, kami amat bersyukur dengan apa yang ada dan kami akan sentiasa berusaha memanfaatkannya semaksima mungkin.

Akhirnya, saya amat berharap agar semua kemudahan dan prasarana ICT yang telah disediakan ini akan dimanfaatkan oleh semua pihak yang terlibat dengan pembangunan dan kemajuan sekolah kita. Tidak lupa juga kepada PIBG yang sering memikirkan dan membantu kita menjayakan setiap program yang dirancang agar benar-benar mencapai matlamatnya. Saya cukup berbangga dengan ahli jawatankuasa sedia ada kerana sentiasa menunjukkan komitmen yang tinggi dengan niat yang satu iaitu bersama memastikan sekolah selesa,anak-anak berjaya, pendidik gembira, ibu bapa berbangga.
 

Kecil-kecil cili api,
Besar-besar buah tembikai,
Manfaatkan kemudahan ICT,
Hasrat murni akan tercapai.

Sekian, terima kasih.

(ADAM BIN MD. DALI)
Guru Besar SKSD

<<<ALUAN GB>>>KE LAMAN SEDARA ONLINE