LAMAN UTAMA || ALUAN || SEJARAH || ORGANISASI || KURIKULUM || HEM || KOKURIKULUM || AKTIVITI || e-SKSD || WARGA SKSD ||ALBUM|| BUKU PELAWAT

 

Sekolah ini telah mula didirikan pada akhir tahun 1999 di Kg. Serkam Darat, Merlimau, Melaka. Ianya adalah hasil usaha JKKK Kg. Serkam Darat yang diterajui oleh Cikgu Ishak. Berbagai pihak turut memperjuangkan penubuhannya termasuklah UMNO dan juga orang-orang perseorangan yang berpengaruh.
.
Hasil usaha mereka ini akhirnya termakbul dengan pembukaan sekolah ini pada bulan Januari 2001. Ianya diterajui oleh Puan Hjh. Norishah bt. Haron (Gambar Kiri) sebagai Guru Besar yang pertama setelah beberapa bulan menjadi care takernya.Beliau turut dibantu oleh 21 orang guru. Kumpulan peneroka inilah yang telah berusaha bersungguh-sungguh bersama Puan Hajah Norishah mengerakkan sekolah ini untuk memastikannya menjadi salah sebuah sekolah yang cemerlang di DUN Serkam, Kawasan Merlimau dan Daerah Jasin. Usaha ini turut disambung oleh semua warga SKSD sehinggalah sekarang dengan menampilkan berbagai kejayaan di peringkat Kawasan, Daerah, Negeri dan juga Kebangsaan.


Kegemilangan pentadbiran dan kepimpinan Puan Hjh. Norishah tidak kekal lama apabila beliau berpindah ke SK Taman Tun Dr. Ismail, Damansara pada 6 September 2002. Semua warga SKSD termasuk ibu bapa terasa kehilangan beliau ketika itu. Pengerusi PIBG yang pertama, Tn. Hj. Osman bin Dolmat, dalam ucapannya turut melahirkan rasa sedih dan kadang-kadang seolah-olah berharap agar perpindahan(perpisahan) itu tidak akan terjadi.

Kepimpinan SKSD bertukar baru apabila En. Abd. Razak bin Abdul Rahman (Guru Pakar Kemahiran Hidup) yang bertugas di SMK
Klebang Besar diarahkan memenuhkan kekosongan jawatan Guru Besar di sekolah ini. Tanggal 27 Oktober 2002, En. Abd. Razak telah melaporkan diri dan tanpa berlengah lagi terus menerajui sekolah ini dengan menyatakan misi dan visinya tanpa mengenepikan perancangan yang telah dibuat dan dilaksanakan oleh guru besar terdahulu. Kehadirannya disambut gembira oleh warga SKSD ketika itu dan berharap akan dapat menjayakan SKSD yang terbukti telah mempunyai satu kumpulan kerja yang bermotivasi tinggi.