SK.TERENTANG

77000 JASIN

mba1014@ppdjasin.edu.mu

Tel / Fax : 06-5246537

Create your own banner at mybannermaker.com!

 

Utama Visi dan Misi Koleksi Buku pelawat Hubungi kami

www.expressiongraphics.net

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

               

                                                                         

 

 

             Bismillahirrahmanirrahim

Salam Silaturrahim saya ucapkan kepada kepada pengunjung yang sudi melayari  laman web Sekolah Kebangsaan Terentang, Jasin. 

 Alhamdulillah , saya bersyukur kehadrat Allah  S.W.T. dengan izin limpah kurniaNya Laman Web SK Terentang telah berjaya dihasilkan akhirnya. Sekalung penghargaan dan syabas diucapkan kepada webmaster, guru-guru, dan bekas pelajar SK Terentang yang telah bertungkus-lumus dalam merealisasikan laman web ini. Saya merasa amat yakin bahawa laman web SK Terentang akan dapat memberikan maklumat yang bermakna dan bermanfaat kepada semua serta dapat  berkongsi maklumat antara satu sama lain untuk kebaikan bersama.

Saya percaya dengan maklumat yang terkumpul nescaya kita bukan sahaja akan dapat mengimbas kembali sejarah kegemilangan masa lalu tetapi menjadikan kita lebih matang dalam menghadapi cabaran dunia IT di alaf baru yang akan datang. Sehubungan itu, saya bagi pihak sekolah merasa amat terhutang budi kepada SK Sempang yang telah sudi memilih sekolah kami untuk disnaraikan dalam Program Sekolah Melaka Online. Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Universiti Multimedia (MMU) yang telah menawarkan penggunaan servernya melalui program Sekolah Melaka Online.

Kami warga SK Terentang berasa besar hati dan Insya Allah akan berusaha memantapkan lagi laman web kami dalam dunia siber.

Sekian, wassalam.

EN.MOHAMMAD BIN HJ.JAAFAR,  BKT

 

Guru Besar SK.Terentang

 

Jasin Melaka

 

kembali ke Indeks

 
   

Hak cipta sk.terentang 2009.