|
Tuan Haji Ganil Bin
Haji Sudin merupakan anak jati Kampung Terentang. Beliau dilahirkan pada
tahun 1880 di Kampung Terentang dan merupakan seorang guru agama yang
mengajar Al Quran.
Sebagai seorang pendidik, beliau telah mengesyorkan agar didirikan
sebuah sekolah di Kampung Terentang bagi memberi peluang untuk
kanak-kanak mendapatkan pendidikan.
Pada peringkat awal, penduduk kampung telah mengadakan pertunjukkan amal
untuk membeli sebidang tanah. Usaha ini berjaya dan denagn bantuan dari
penduduk kampung, sekolah ini telah siap dibina pada 1949 dan dirasmikan
oleh Pegawai Daerah Jasin ketika itu.
|