|
Novel
Lestari Bukit
Menghijau.
Sinopsis
Novel ini
berkisar tentang
kehadiran Pak
Tua yang tinggal
di sebuah pondok
di Bukit
Bintangor di
Kampung Alor
Rambai. Gaya
hidupnya yang
lebih suka
menyendiri dan
tidak bergaul
dengan penduduk
kampung
menyebabkan dia
disisihkan.
Orang kampung
menganggap Pak
Tua nyanyuk dan
gila kerana
sanggup tinggal
di tengah hutan
di atas Bukit
Bintangor. Ada
juga penduduk
kampung yang
melemparkan
fitnah
terhadapnya
setelah melihat
beberapa orang
lelaki asing
bertemu
dengannya.
Tambahan pula,
lelaki-lelaki
itu berpakaian
kemas dan
menaiki kereta
mewah.
Perhubungan
Zahiran dengan
Pak Tua telah
menyebabkan
orang kampung
mulai membuka
mata terhadap
kehadiran Pak
Tua . Malah,
tanggapan
negatif orang
kampung terhadap
Pak Tua juga
berubah. Minat
Zahiran terhadap
keindahan alam
semula jadi mula
bercambah.
Zahiran semakin
berminat untuk
mengetahui ilmu
tentang
tumbuh-tumbuhan
setelah mendapat
dorongan
daripada Pak
Tua.
Penduduk kampung
turut kagum akan
ilmu dan
pengetahuan yang
dimilikinya
serta
usaha-usaha yang
telah berjaya
dilaksanakannya.
Mereka
tertanya-tanya
akan diri
sebenar Pak Tua
yang banyak
mempunyai
kebolehan itu.
Kehadiran Cikgu
Idham sebagai
Pengetua baru di
Sekolah Menengah
Kebangsaan Alor
Rambai turut
membantu
perubahan dan
kemajuan kepada
penduduk Kampung
Alor Rambai.
Cikgu Idham
banyak
bekerjasama
dengan Pak Tua
untuk membantu
penduduk
kampung.
Perkara yang
menjadi punca
Pak Tua
mengambilkeputusan
untuk
mengasingkan
diri di tengah
hutan di Bukit
Bintangor adalah
kerana dia
berasa sangat
sedih atas
kematian
isterinya.
Isteri Pak Tua
yang bernama
Kamariah
meninggal dunia
sebagai akibat
dijangkiti virus
HIV. Terdahulu,
dua anak
perempuannya
meninggal dunia
dalam satu
kemalangan jalan
raya di kota
Chicago,
Amerika. Pak Tua
amat kecewa
kerana penawar
daripada ekstrak
pokok bintangor
yang berjaya
diperolehi
melalui kajian
yang dijalankan
bersama dengan
kumpulan
penyelidiknya
itu tidak sempat
dinikmati oleh
isterinya. Oleh
sebab itu, dia
telah menanam
pokok bintangor
dengan banyaknya
di atas bukit
itu supaya pokok
tersebut yang
merupakan sumber
penawar kepada
penyakit AIDS
tidak akan
pupus.
Sudah lebih tiga
tahun Pak Tua
meninggal dunia.
Suatu hari,
penduduk kampung
Alor Rambai
gempar apabila
mengetahui
bahawa Pak Tua
sebenarnya ialah
pesara pakar
penyelidik
sintesis
organik. Nama
sebenar Pak Tua
ialah Profesor
Isman Yunus. Pak
Tua telah
mewakafkan
tanahnya di
Bukit Bintangor
untuk tujuan
pendidikan dan
penyelidikan.
Zahiran pula
akan melanjutkan
pelajarannya di
Kolej
Matrikulasi
Melaka di
Londang setelah
berjaya dengan
cemerlang dalam
peperiksaan SPM.
Zahiran
bercita-cita
menjadi seorang
ahli sains
seperti Pak Tua.
Tema
Melestarikan
tumbuh-tumbuhan
adalah
melestarikan
kelangsungan
kehidupan. Pak
Tua sangat
mengambil berat
tentang
penjagaan
tumbuh-tumbuhan
kerana manusia
memerlukan
tumbuh-tumbuhan
sebagai sumber
makanan dan
ubat. Tumbuhan
juga merupakan
satu-satunya
faktor yang
dapat
mengembalikan
oksigen ke dalam
udara. Tiada
tumbuhan
tiadalah
oksigen. Tanpa
oksigen semua
benda hidup akan
mati. Oleh sebab
itu, Pak Tua
memarahi Zahiran
yang mahu
menebang pokok
bunga cempaka
dan Lebai Jusoh
yang mahu
menebang pokok
kacang kelor.
Hal ini demikian
kerana
pokok-pokok yang
hendak ditebang
itu mengandungi
khasiat
perubatan.
Persoalan
a) Sikap
masyarakat yang
tidak tahu akan
kepentingan
tumbuh-tumbuhan
dalam kehidupan.
b) Kepentingan
ilmu pengetahuan
dalam kehidupan.
c) Penjagaan
kebersihan dapat
menjamin
kesihatan yang
baik.
d) Amalan kitar
semula merupakan
suatu tindakan
bijak untuk
mengelakkan
pencemaran alam
sekitar.
e) Semangat
bekerjasama
dalam kalangan
masyarakat
penting untuk
menjayakan
sesuatu
raancangan.
f) Prasangka
buruk dan fitnah
tidak membawa
kepada kebaikan.
g) Kepercayaan
kepada perkara
tahayul dalam
kalangan
masyarakat.
h) Kehidupan
yang saling
memerlukan.
i) Keperihatinan
anggota
masyarakat
penting untuk
mewujudkan
masyarakat yang
sejahtera.
Watak dan
Perwatakan
a) Watak utama
dalam novel ini
ialah Pak Tua
dan Zahiran.
b) Watak
sampingan
terdiri daripada
Cikgu Idham,
Lebai Jusoh, Pak
Long Hamid,
Kadir, Hamzah,
Seleman, Setopa,
Kasa, Pak Hamid,
Lebai Deraman
dll.
Pak Tua
a) Pak Tua
berusia dalam
lingkungan
60-an.
b) Pak Tua
bukanlah anak
jati Kampung
Alor Rambai.
c) Pak Tua
pernah tinggal
di luar negara,
iaitu di
Chicago,
Amerika.
d) Pak Tua
membeli bukit
seluas empat
hektar dan
menamakan bukit
itu Bukit
Bintangor.
e) Pak Tua
tinggal seorang
diri di
pondoknya di
Bukit Bintangor.
f) Pak Tua baik
hati dan suka
menolong orang.
Contohnya, dia
menolong
keluarga Hamzah.
g) Pak Tua
peramah dan
mudah mesra
apabila
dirapati.
h) Pak Tua
menyayang. Dia
sangat
menyayangi
isteri dan
kedua-dua orang
anaknya yang
sudah meninggal
dunia. Malah,
dia juga
menyayangi
Zahiran yang
sudah
dianggapnya
seperti anaknya
sendiri.
i) Pak Tua
sebenarnya orang
yang berilmu.
Dia mahir dalam
ilmu botani.
j) Pak Tua
menyayangi
tumbuh-tumbuhan
dan mencintai
alam semula
jadi.
k) Pak Tua
berfikir jauh,
terutama tentang
sumbangan
tumbuh-tumbuhan
terhadap
kesihatan
manusia.
l) Pak Tua tidak
lokek ilmu. Dia
sering bercerita
tentang
keistimewaan dan
kebaikan
tumbuh-tumbuhan
kepada Zahiran.
m) Pak Tua tidak
begitu rapat dan
kurang bergaul
dengan orang
kampung. Hal ini
menyebabkan
orang kampung
bersangka buruk
terhadapnya.
n) Pak Tua tidak
mempercayai
tahayul. Dia
mencadangkan
agar Hamzah dan
ayahnya berubat
di hospital.
o) Nama sebenar
Pak Tua ialah
Profesor Osman
Yunus.
p) Pak Tua ialah
pesara pakar
penyelidik
sistesis
organik.
q) Pak Tua telah
mewakafkan
tanahnya di
Bukit Bintangor
untuk tujuan
pendidikan dan
penyelidikan.
Zahiran
a) Zahiran
berusia 15
tahun.
b) Zahiran
merupakan
pelajar
tingkatan tiga
di Sekolah
Menengah
Kebangsaan Alor
Rambai dan akan
menduduki
peperiksaan PMR.
c) Zahiran
mengetui
Kumpulan Tiga
dalam projek
yang diarahkan
oleh Pengetua
sekolah.
Kumpulan Tiga
dikehendaki
mencari burung.
d) Zahiran cinta
akan
tumbuh-tumbuhan.
e) Zahiran mula
mengambil berat
akan kepentingan
tumbuh-tumbuhan
setelah
berkenalan
dengan Pak Tua.
f) Zahiran tidak
suka
mengata-gata
orang. Dia tidak
bersetuju
apabila orang
kampung
mengatakan
bahawa Pak Tua
gila dan jahat.
g) Zahiran
berfikiran
terbuka. Dia
tidak marah
apabila disindir
oleh Pak Tua
bahawa dia
kurang
berpengetahuan.
h) Dia mempunyai
keyakinan diri
bersandarkan
fikirannya
sendiri. Dia
tidak bimbang
untuk
berbaik-baik
dengan Pak Tua
walaupun orang
kampung
mengatakan
bahawa Pak Tua
jahat atau gila.
i) Zahiran amat
rapat dengan Pak
Tua yang
dianggapnya
seperti bapanya
sendiri.
k) Zahiran
melanjutkan
pelajaran ke
Kolej
Matrikulasi
Melaka di
Londang setelah
cemerlang dalam
peperiksaan SPM.
l) Zahiran
bercita-cita
menjadi ahli
sains.
Latar
Latar Tempat
a) Kampung Alor
Rambai-di
kampung inilah
kebanyakan
peristiwa
berlaku.
b) Pondok Pak
Tua di Bukit
Bintangor-di
rumah ini Pak
Tua tinggal
seorang diri. Di
rumah inilah
juga Zahiran
mengenal Pak Tua
dengan lebih
rapat.
c) Sekolah
Menengah
Kebangsaan Alor
Rambai-Pengetua
baru yang
bernama Cikgu
Idham bertugas
di sekolah ini.
Zahiran dan
rakan-rakannya
juga belajar
di sekolah
ini.
d) Bukit
Bintangor-di
dalam hutan di
bukit inilah Pak
Tua tinggal
dengan
mendirikan
sebuah pondok.
Di sini juga
Zahiran dan
rakan-rakannya
sering memikat
burung.
e) Kedai runcit
Pak Long
Hamad-di kedai
inlah
orang-orang
kampung bertemu
dan
berbual-bual. Di
sini juga
Seleman membaca
akhbar Berita
Minggu yang
memaparkan
berita tentang
Pak Tua atau
nama sebenarnya,
Profesor Osman
Yunus yang telah
mewakafkan
tanahnya di
bukit Bintangor
sebagai tempat
untuk
penyelidikan dan
pendidikan.
f) Rumah
Zahiran-di
hadapan rumah
ini ada pokok
bunga cempaka
putih. Pak Tua
memarahi Zahiran
kerana Zahiran
mahu menebang
pokok tersebut.
Di
sini juga
tempat Zahiran
mahu menebang
pokok tersebut.
Di sini juga
tempat Zahiran
dan
rakan-rakannya
bermain
badminton pada
waktu petang.
g) Rumah
Hamzah-di rumah
ini, Pak Tua dan
Zahiran melawat
Hamzah yang
menghidap demam
kuning. Kawasan
di sekeliling
rumah Hamzah
kotor
hingga
banyak
menyebabkan
nyamuk membiak
di sini.
h) Masjid
Kampung Alor
Rambai-di sini
Pak Tua
berbincang
dengan Cikgu
Idham dan Lebai
Jusoh tentang
usaha-usaha
untuk merawat
penyakit untut
Pak
Hamid.
i) Pangkalan di
Sungai Jeneri-di
sini Hamzah,
Marzuki, dan
Khuzairi
menangkap ikan
yang akan
dimasukkan ke
dalam kolam ikan
untuk projek
lestari mesra
alam sekolah
mereka.
Latar Masa
a) Pada zaman
moden.
b) Pada waktu
pagi- Zahiran
dan
rakan-rakannya
bertandang ke
rumah Pak Tua.
c) Pada waktu
petang-Zahiran
dan
rakan-rakannya
bermain
badminton di
halaman rumah
Zahiran.
d) Pada waktu
malam-Zahiran
bermalam di
rumah Pak Tua.
Pak Tua akhirnya
membuka rahsia
yang menjadi
punca dia
tinggal seorang
diri di Bukit
Bintangor.
Latar
Masyarakat.
a) Masyarakat
kampung yang
agak mundur.
Hamzah dan
keluarganya
sangat miskin.
Keadaan rumah
mereka amat daif
dan uzur. Malah
bapa Hamzah
iaitu Pak
Hamid tidak
mampu untuk
mendapatkan
rawatan. Pak
Hamid juga tidak
mampu untuk
mengubati
penyakit untut
yang
dihidapinya.
b) Masyarakat
yang mempercayai
tahayul.
Penduduk Kampung
Alor Rambai
mempercayai
tahayul dan
kata-kata dukun.
Mereka juga suka
bercakap
tentang
sesuatu perkara
yang tidak
diketahui
kebenarannya.
c) Masyarakat
yang terdiri
daripada warga
sekolah. Cikgu
Idham yang
merupakan
Pengetua baru
Sekolah Menengah
Kebangsaan Alor
Rambai aktif dan
sentiasa
berfikir untuk
melakukan
sesuatu demi
kemajuan
pelajar-pelajarnya.
d) Masyarakat
yang cinta akan
kehijauan alam
semula jadi. Pak
Tua amat
mencintai
kehijauan alam
semula jadi.
Zahiran juga
mula berminat
dengan
tumbuh-tumbuhan
setelah
berkenalan
dengan Pak Tua.
e) Masyarakat
kampung yang
kurang
menitikberatkan
kebersihan
tempat tinggal.
Penduduk Kampung
Alor Rambai
termasuk ketua
kampungnya,
iaitu Lebai
Jusoh kurang
mengambil berat
akan kebersihan
kampung. Kawasan
di sekitar rumah
Pak Hamid amat
kotor dan penuh
dengan sampah
sarap. Sebagai
akibatnya,
kawasan itu
menjadi tempat
pembiakan
nyamuk.
f) Masyarakat
yang sering
berburuk sangka
terhadap orang
yang kurang
dikenali.
Seleman dan Kasa
mudah
berprasangka
buruk terhadap
Pak Tua apabila
melihat
lapan orang yang
berpakaian kemas
bertemu dengan
Pak Tua. Mereka
kemudiannya
memfitnah Pak
Tua sebagai
penjenayah.
g) Masyarakat
yang mengambil
berat akan
kesehteraan
orang lain. Pak
Tua bertegas
untuk membawa
Hamzah yang
mengidap demam
kuning ke
hospital
kerana
dikhuatiri dapat
membawa maut.
Pak Tua dengan
kerjasama Cikgu
Idham dan Lebai
Jusoh melakukan
pelbagai usaha
untuk merawat
penyakit
untut Pak
Hamid.
h) Masyarakat
yang rajin
menimba ilmu
pengetahuan. Pak
Tua merupakan
pakar botani
yang telah
berjaya
menemukan
penawar penyakit
AIDS melalui
kajian yang
dijalankannya
bersama-sama
dengan pasukan
penyelidikannya
terhadap ekstrak
pokok bintangor.
Zahiran juga
rajin belajar
hingga berjaya
dengan
cemerlang dalam
peperiksaan SPM.
Zahiran ingin
melanjutkan
pelajarannya
dalam bidang
sains.
Nilai
a) Baik hati,
contohnya, Pak
Tua amat baik
hati terhadap
sesiapa sahaja.
Pak Tua sanggup
mengeluarkan
perbelanjaan
agar Hamzah yang
menghidap
demam kuning
dibawa ke
hospital. Pak
Tua juga
melakukan
pelbagai usaha
bagi mendapatkan
rawatan untuk
mengubati
penyakit untut
Pak Hamid.
b) Bersimpati,
contohnya,
Zahiran
bersimpati
terhadap Pak Tua
yang difitnah
oleh beberapa
orang penduduk
kampung.
c) Prihatin,
contohnya, Pak
Tua prihatin
akan masalah
demam kuning
yang dihidapi
oleh Hamzah dan
juga penyakit
untut yang
dihidapi oleh
Pak Hamid.
d) Kerajinan,
contohnya, Cikgu
Idham ialah
Pengetua yang
sangat rajin
mengadakan
projek untuk
kemajuan
pelajar-pelajar.
e) Kerjasama,
contohnya,
penduduk Kampung
Alor Rambai
bekerjasama dan
bergotong-royong
untuk
membersihkan
kawasan kampung
yang kotor.
f) Hemah tinggi,
contohnya, Pak
Tua berjiwa
besar dan
berhemah tinggi
apabila dia
memaafkan
orang-orang yang
telah
menyebabkan
pokok bintangor
miliknya
terbakar.
g) Keberanian,
contohnya,
Zahiran berani
mendekati Pak
Tua kerana dia
yakin bahawa Pak
Tua orang yang
baik, tidak
seperti yang
diperkatakan
oleh orang
kampungnya.
h) Keyakinan,
contohnya, Pak
Tua yakin bahawa
perubatan moden
dapat
menyebuhkan
penyakit demam
kuning Hamzah.
Ternyata bahawa
keyakinan itu
memang
betul. Pak
Hamid, ayah
Hamzah juga
akhirnya yakin
akan kata-kata
Pak Tua nahawa
perubatan di
hospital lebih
menjamin
kesembuhan.
i) Ketekunan,
contohnya, Pak
Tua sangat tekun
mempelajari ilmu
tentang
tumbuh-tumbuhan
hingga akhirnya
dia berjaya
menjadi pakar
dalam bidang
berkenaan.
k) Patriotik,
contohnya, Pak
Tua berusaha
untuk
membuktikan
bahawa rakyat
Malaysia juga
dapat mencapai
kemajuan dalam
bidang ilmu. Hal
ini telah
menaikkan
nama bangsa dan
negara di mata
dunia.
l) Kesyukuran,
contohnya, orang
kampung,
terutamanya
keluarga Pak
Hamid bersyukur
kerana Hamzah
sembuh daripada
penyakit demam
kuning yang
dapat
membawa maut.
m) Kesabaran,
contohnya, Pak
Tua tetap
bersabar
walaupun
penduduk Kampung
Alor Rambai
membuat fitnah
terhadapnya.
Pengajaran
a) Kita
janganlah
menuduh atau
mengesyaki
seseorang itu
tanpa membuat
tinjuan atau
penyelidikan
yang sewajarnya.
Contohnya,
penduduk Kampung
Alor
Rambai
menganggap Pak
Tua gila, malah
ada yang
mengatakan
bahawa Pak Tua
orang jahat.
Padahal Pak Tua
ialah orang yang
bijak dan kaya
dengan
ilmu
pengetahuan
serta berbudi
tinggi.
b) Kita
janganlah
melakukan
perbuatan
khianat kepada
sesiapa sahaja.
Contohnya,
Seleman dan Kasa
mengkhianati Pak
Tua dengan
melemparkan
fitnah
terhadapnya.
Namun, akhirnya
mereka mengaku
salah kepada Pak
Tua.
c) Kita
hendaklah
meminta maaf
jika berbuat
salah.
Contohnya,
Seleman dan Kasa
meminta maaf
kepada Pak Tua
kerana telah
memfitnahnya dan
juga
menyebabkan
pokok bintangor
Pak Tua
terbakar. Pak
Tua memaafkan
kesilapan
mereka.
d) Kita
hendaklah
bersikap tolak
ansur dengan
pihak yang
kurang
menyenangi kita.
Contohnya, Pak
Tua bersikap
baik dengan
orang-orang yang
tidak
menyenanginya.
Akhirnya,
penduduk kampung
hormat
kepadanya.
e) Kita
hendaklah
belajar dan
membuat kajian
bersungguh-sungguh
jika ingin
menjadi pakar
dalam sesuatu
bidang.
Contohnya, Pak
Tua belajar
bersungguh-sungguh
hingga dia
menjadi pakar
tentang
tumbuh-tumbuhan.
f) Kita
hendaklah tekun
dalam
menjalankan
kegiatan.
Contohnya,
pelajar-pelajar
Cikgu Idham
tekun
menjalankan
tugasan yang
diberikan kepada
mereka
bagi
menjayakan
projek sekolah
mereka.
g) Kita
hendaklah
membina semangat
setia kawan yang
tinggi.
Contohnya,
penduduk kampung
bergotong-royong
membersihkan
kawasan yang
kotor
dengan
semangat setia
kawan yang
tinggi.
h) Kita
hendaklah
belajar daripada
kesilapan.
Contohnya,
penduduk kampung
sedar bahawa Pak
Tua ialah orang
baik dan
bukanlah orang
gila ataupun
penjahat.
Mereka belajar
daripada
kesilapan dan
akhirnya mereka
berbaik-baik
dengan Pak Tua.
Prosa
Tradisional
Raja Muda
Sinopsis
Cerita
mengisahkan Raja
Muda ditabalkan
menjadi raja di
Tanjung Bunga
Kembang Sekaki
dengan gelaran
Sultan Muda
Gempita Sakti
apabila baginda
berkahwin dengan
Tuan Puteri
Kuntum Ratna
Suri. Namun
begitu, Raja
Muda telah pun
mempunyai
seorang isteri
yang bernama
Tuan Puteri
Bidadari Segerba
yang tinggal di
kayangan.
Setelahsekian
lama berada di
kayangan, Tuan
Puteri Bidadari
Segerba ingin
turun ke bumi
untuk berjumpa
dengan suaminya,
Raja Muda.
Semasa hendak
turun ke bumi,
Tuan Puteri
Bidadari Segerba
telah diberitahu
oleh kakandanya
tentang
persandingan
Raja Muda dengan
Tuan Puteri
Kuntum Ratna
Suri. Maka,
dengan pantas
Tuan Puteri
Bidadari Segerba
terus menuju ke
sana.
Tiba
di sana, Tuan
Puteri Bidadari
Segerba berjumpa
dengan bonda
Tuan Puteri
Kuntum Ratna
Suri. Setelah
mengetahui hal
yang sebenar,
Tuan Puteri
Bidadari Segerba
pun meminta maaf
dan
berkenal-kenalan.
Sebagai tanda
permuafakatan,
Tuan Puteri
Bidadari Segerba
meminta Tuan
Piteri Kuntum
Ratna Suri sudi
menerima bayi
yang telah
dikandungnya
selama enam
purnama itu.
Lalu dengan
takdirnya,
kandungan itu
telah pun
berpindah kepada
Tuan Puteri
Kuntum Ratna
Suri setelah
menyantap sepah
sirih lebihan
Tuan Puteri
Bidadari Segerba
itu.
Apabila tiba
hari kelahiran
Raja Muda telah
memanggil Tuan
Puteri Bidadari
Segerba turun ke
bumi. Tuan
Puteri Bidadari
Segerba sungguh
sukacita apabila
melihat bayi
yang dilahirkan
oleh Tuan Puteri
Kuntum Ratna
Suri lalu
memeluk dan
mencium bayi
itu. Selepas itu
Tuan Puteri
Bidadari Segerba
pun pulang ke
kayangan.
Kelahiran
anakanda baginda
itu disambut
dengan meriah
oleh Raja Muda.
Hikayat Opu
Daeng Menambun
Sinopsis
Cerita
mengisahkan
jurai keturunan
Raja-raja
Kalimantan.
Bermula dengan
Sang Raja
Majapahit yang
beranakkan
Brawijaya.
Brawijaya
menjadi raja di
Benua Lama dan
mempunyai anak
yang bernama
Raja Baporang.
Jurai
Raja-raja
Kalimantan ini
berkembang
apabila
dikahwinkan
dengan anak-anak
raja dari negeri
lain. Keturunan
Raja-raja
Kalimantan ini
merantau ke
negeri-negeri
lain. Mereka
kemudiannya
dikahwinkan
dengan anak raja
negeri tersebut.
Ada juga yang
menjadi raja di
negeri
persinggahan
itu. Raden
Sulaiman digelar
Sultan Muhammad
Saifuddin di
negeri Sambas.
Opu Daeng Chelak
menaiki takhta
menggantikan Opu
Daeng Merewah
yang meninggal
dunia di Riau.
Raden Bima
ditittahkan ke
Sukadana dan
dikahwinkan
dengan Puteri
Indera Kesuma
yang bersaudara
dengan Sultan
Muhammad
Zainuddin.
Jurai-jurai ini
berterusan
sehinggalah
kepada Opu Daeng
Menambun. Opu
Daeng Menambun
merupakan Raja
Bugis. Baginda
berkahwin dengan
Puteri Kesumba,
anak kepada
Sultan Muhammad
Zainuddin. Opu
Daeng Manambun
dan Puteri
Kesumba
dikurniakan
sepuluh orang
anak. Lima orang
lelaki dan lima
orang perempuan.
Hikayat
Inderaputra
Sinopsis
Bab 1: Ramalan
Nujum
Cerita
bermula dengan
asal usul
Inderaputra.
Diceritakan
bahawa sebuah
negeri bernama
negeri Semanta
Puri, rajanya
bernama Raja
Bikrama Buspa
bersama dengan
permaisurinya
Tuan Puteri
Jamjam Ratna
Dewi. Raja
Bikrama Buspa
mempunyai
kerajaan yang
besar dan
menerima ufti
daripada
raja-raja di
bawah
taklukannya.
Beberapa lama
kemudiannya,
isteri Maharaja
Bikrama hamil
dan melahirkan
seorang bayi
lelaki yang
sangat elok
paras rupanya.
Baginda sangat
suka hati lalu
memanggil ahli
nujum
Ahli
nujum menyatakan
bahawa
anakandanya itu
memangku
kerajaan yang
sangat besar
selama tujuh
tahun
bersama-sama
dengan baginda.
Baginda juga
dinasihati
supaya tidak
membenarkan
anakandanya itu
bermain dengan
binatang kerana
akan membawa
bencana.
Baginda
kemudiannya
mengadakan
majlis keramaian
selama empat
puluh hari dan
empat puluh
malam.
Anakandanya itu
turut dibawa
mengelilingi
negeri. Setelah
besar panjang,
anakandanya itu
belajar mengaji
dengan seorang
mualim Bersapian
sehingga pandai.
Bab 2:
Peristiwa Merak
Emas
Raja
Bikrama Buspa
bersemayam di
hadapan segala
raja dan rakyat
jelatanya.
Inderaputera
duduk di ribaan
baginda. Ketika
itu datang dua
orang utusan
untuk menghantar
ufti, iaitu
pandai emas dan
pandai kayu.
Pandai kayu
membuat seekor
ikan yang
cantik. Baginda
meletakkan ikan
tersebut ke
dalam air lalu
ikan tersebut
tertawa,
berpantun, dan
berseloka.
Pandai emas pula
mempersembahkan
merak emas.
Baginda
meletakkan merak
emas tersebut ke
dalam talam lalu
merak itu
mengigil dan
berpantun.
Inderaputera
turun daripada
ribaan
ayahandanya
untuk melihat
merak emas
tersebut. Merak
emas itu
menyambar
Inderaputera
lalu
diterbangkan.
Baginda melihat
anakandanya
hilang lalu
menangis dan
istana menjadi
gempar.
Inderaputra
dijatuhkan di
suatu negeri,
iaitu di kebun
kepunyaan nenek
kebayan. Nenek
kebayan yang
baru pulang dari
berjualan bunga
datang ke
kebunnya. Dia
menemui
Inderaputra yang
duduk di bawah
pohon delimanya
lalu dibawanya
pulang dan
dimandikan.
Nenek
kebayan membawa
Inderaputera
bersama ketika
menghantar bunga
ke rumah Perdana
Menteri. Perdana
Menteri suka
akan
Inderaputera dan
meminta izin
mahu
memeliharanya.
Nenek kebayan
bersetuju. Namun
demikian,
Perdana Menteri
hanya akan
menjaga
Inderaputera
pada sebelah
siang manakala
pada waktu malam
Inderaputera
dijaga oleh
nenek kebayan.
Setelah beberapa
lama,
Inderaputera
membesar menjadi
orang yang
bijaksana dan
rupanya semakin
tampan.
Hikayat
Anggun Cik
Tunggal
Sipnosis
Cerita
mengisahkan Tuan
Puteri Gondan
Gandariah yang
belayar di laut
untuk bertemu
dengan
tunangnya, iaitu
Raja Anggun Cik
Tunggal. Dengan
menyamar sebagai
lelaki, Tua
Puteri Gondan
Gandariah
belayar
bersama-sama
dengan Si
Kembang Cina
dengan menaiki
lancang kuning
yang bernama
Seludang Mayang.
Kapal
Raja Anggun Cik
Tunggal sedang
berlabuh. Bujang
Selamat
menghadap dan
memberitahu
baginda bahawa
ada sebuah
lancang kuning
yang cantik
sedang berlabuh
berdekatan
dengan Dendang
Panjang. Raja
Anggun Cik
Tunggal
menitahkan
Bujang Selamat
supaya memeriksa
lancang kuning
itu. Bujang
Selamat bertanya
kepada orang di
atas lancang
kuning itu. Lalu
dijawab oleh Si
Kembang Cina
bahawa mereka
ingin
membandingkan
kecantikan
Seludang Mayang
dengan Dendang
Panjang.
Raja
Anggun Cik
Tunggal amat
murka apabila
diberitahu
tentang khabar
itu. Raja Anggun
Cik Tunggal
memerintahkan
orang-orangnya
menyediakan
peralatan
perang. Bujang
Selamat
diarahkan
memasang meriam
Gerak Gempa dan
pelurunya jatuh
tidak jauh dari
lancang kuning
itu. Tuan Puteri
Gondan Gandariah
pula mengarahkan
Si Kembang Cina
supaya memasang
meriam Sapu
Rantau dan
pelurunya juga
jatuh tidak jauh
dari Dendang
Panjang. Berlaku
tembak-menembak
antara
kedua-duanya.
Raja
Anggun Cik
Tunggal
bertambah murka
lalu membalas
bedilan Tuan
Puteri. Bedilan
itu terkena
cincin permata
Tuan Puteri lalu
tercampak ke
laut.
Tuan Puteri
membalas bedilan
itu lalu terkena
hujung tengkolok
baginda dan
jatuh ke laut.
Raja Anggun Cik
Tunggal
bertambah murka
dan mengisi
istinggarnya
dengan peluru
sakti. Tuan
Puteri segera
menyalin
pakaiannya lalu
terserlah
kecantikannya.
Baginda berasa
malu dan lari ke
peraduannya lalu
menyelubungkan
dirinya. Apabila
melihat baginda
berkelakuan
begitu, Tuan
Puteri Gondan
Gandariah
bertitah kepada
Bujang Selamat
bahawa baginda
tidak membawa
niat jahat.
Baginda
berpantun dalam
nada yang
merajuk.
Bujang
Selamat
memberitahu Raja
Anggun Cik
Tunggal bahawa
Tuan Puteri
merajuk. Baginda
segera memujuk
Tuan Puteri
Gondan Gandariah
supaya tidak
meragui kasih
sayangnya.
Apabila
mendengar
pujukan itu,
hati Tuan Puteri
kembali lembut
dan baginda
memberikan dua
belas duit
kepada Raja
Anggun Cik
Tunggal dengan
cara kesaktian.
Tuan Puteri
menyuruh Raja
Anggun Cik
Tunggal supaya
membelikannya
kerancang yang
berukir
kerawang, pisau
yang berhulu
mayang, beruk
yang pandai
berkecapi,
musang yang
pandai
bergendang, dan
nuri yang bijak.
Raja Anggun Cik
Tunggal pula
memberikan
sebiji kapas
untuk dibuat
persalinan.
Setelah itu,
Seludang Mayang
dan Dendang
Panjang belayar
mengikut haluan
masing-masing.
Seludang Mayang
kembali ke
negeri Tiku
Benua. Tuan
Puteri Gondan
Gandariah
menceritakan
segala yang
berlaku dari
awal hingga
akhir kepada
ayahanda dan
bondanya.
CERPEN
Anak Penggunting
Rambut.
Sinopsis
Cerita
berkisar pada
watak "aku" yang
melamun panjang
teringat akan
anaknya Manisah
(Manis) yang
kini sudahpun
dewasa. "Aku"
teringat akan
gelagat Manis
semasa kecil
dahulu.
Pekerjaan "aku"
sebagai
penggunting
rambut
menjadikan "aku"
penggunting
rambut Manis.
Rambut Manis
dipotong pendek
seperti rambut
anak lelaki.
"Aku" masih
ingat semasa
Manis baru
memasuki tadika,
Manis pernah
menangis
lantaran diejek
hanya kerana dia
anak penggunting
rambut. Semuanya
kerana dia masih
kecil dan tidak
mmahami erti
kehidupan.
Ketika
itu, "aku"
sentiasa mencuba
menyakinkan
Manis bahawa
kerja sampingan
sebagai
penggunting
rambut itu
sumber rezeki
tambahan mereka.
Aku pula selalu
memotong rambut
Manis pendek dan
hal ini tidak
disenangi oleh
Manis. Namun,
Manis mula
menyukai
rambutnya yang
pendek setelah
menang dalam
acara membawa
bakul kacang di
atas kepala
semasa sukan di
tadikanya.
"Aku"
terasa bahawa
semakin hari
Manis semakin
selesa berambut
pendek. "Aku"
teringat akan
perwatakan Manis
yang nakal
semasa kecil.
"Aku" merasakan
bahawa Manis
telah memahami
pekerjaan "aku"
sebagai
penggunting
rambut. Malah,
Manis berbangga
terhadap
pekerjaan "aku".
Manis juga rajin
membantu
menyediakan
kelengkapan
untuk
menggunting
rambut. Dia
turut membantu
menyapu rambut
yang bertaburan
di tanah.
Apabila berada
di sekolah
menengah, Manis
turut
mengekalkan
rambut
pendeknya.
Setiap kali
pulang bercuti
dari asrama.
pasti Manis akan
meminta "aku"
memotong
rambutnya
mengikut
potongan yang
terkini.
Namun,
"aku" berasa
sedih kerana
sejak
melanjutkan
pelajaran di
Kuala Lumpur,
Manis
jarang-jarang
balik. "Aku"
amat merindui
Manis. "Sudah
lapan bulan
"aku" tidak
menggunting
rambut Manis.
Lamunan panjang
"aku" hari tiu
tiba-tiba
terhenti apabila
mendapat
panggilan
daripada kawan
Manis. "Aku"
diberitahu
bahawa Manis
menghidap
leukemia dan
kini terlantar
di hospital.
Manis
akhirnya
menghembuskan
nafas terakhir
di ribaan "aku".
"Aku" menyatakan
bahawa dia tidak
akan meneruskan
pekerjaannya itu
lagi kerana
pasti dia akan
terkenangkan
Manis apabila
menggunting
rambut.
Capa Rengat
Sinopsis
Watak
"aku" bercerita
tentang dirinya
yang buat
pertama kali
menjejakkan kaki
ke kampung.
Sebelum ini
ibunya sering
menakut-nakutkan
dengan
mengatakan
bahawa kampung
itu sebagai
suatu tempat
yang sunyi dan
dikaitkan dengan
penderitaan.
Pada mulanya
"aku" memang
berasa sunyi
apabila berada
di kampung.
Namun,
lama-kelamaan
apabila "aku"
melihat
keindahan di
sekitar kampung,
"aku" merasakan
suatu cabaran
yang menarik
pula. Tambahan
pula, Pak Cik
Kinto rajin
melayan semua
pertanyaan dan
mengajak
berjalan-jalan.
Pada
suatu hari,
"aku"
berjalan-jalan
sendirian kerana
Pak Cik Kinto ke
kota atas suatu
urusan. "Aku"
berjumpa dengan
kumpulan
budak-budak
sedang
bermain-main.
Seorang budak
perempuan
bernama Su
mengajak "aku"
turut
bermain-main.
Pada mulanya
"aku" berasa
malu untuk
bermain
bersama-sama
mereka. Namun,
budak-budak yang
bermain-main itu
bersikap mesra
terhadapnya. Dia
merasakan
perbezaan yang
ketara antara
sikap mereka
dengan sikap
kawan-kawannya
di kota.
"Aku"
lepas bebas
bermain.
Pelbagai jenis
permainan yang
dapat disertai.
Dalam kalangan
budak-budak itu,
"aku" paling
gembira
bermain-main
dengan Su. "Aku"
dihadiahkan
sejambak bunga
capa rengat oleh
Su. Supaya bunga
itu tahan lama,
Su berpesan
kepada "aku"
agar bunga itu
dimasukkan ke
dalam botol
berisi air dan
direnjis-renjis
dengan air.
Ketika mereka
sedang
bermain-main,
seorang budak
lelaki datang
memanggil Su
pulang.
Rupa-rupanya
budak itu ialah
adik tiri Su.
Ibu
"aku"
memendekkan masa
berada di
kampung. "Aku"
berasa sedih
untuk
meninggalkan
kampung. Ketika
dalam perjalanan
pulang ke kota,
"aku" diserang
rasa pilu. "Aku"
bertanya kepada
ibu bila mereka
akan pulang ke
kampung lagi.
Ibu memberitahu
"aku" bahawa
mereka tidak
akan pulang ke
kampung lagi
kerana rumah dan
tanah yang ada
di kampung sudah
diserahkan
kepada Pak Cik
Kinto. "Aku"
menjadi terlalu
sedih dan
apabila "aku"
melihat capa
rengat,
tiba-tiba "aku"
teringat akan
Su.
Dendam
Sinopsis
Along
tidak menyukai
adiknya, Angah.
Dia berdendam
terhadap adiknya
itu.
Barang-barang
miliknya selalu
dirosakkan oleh
Angah. Selain
itu, Along juga
marah kepada
Angah kerana dia
selalu dimarahi
ibu dan ayahnya
atas kesalahan
yang dilakukan
oleh Angah.
Along tidak
mengambil kira
bahawa Angah
jauh lebih muda
daripadanya.
Apabila kertas
kerja milik ayah
mereka
dikoyakkan oleh
Angah, Along
juga yang
dipersalahkan.
Menurut ayahnya,
Along mesti
menjaga Angah.
Oleh sebab Along
sering
dipersalahkan,
maka Along
memberontak.
Along berasa
kesal kerana
ayah dan ibunya
selalu
menyebelahi
Angah. Hal ini
demikian kerana
mereka
mempercayai
tilikan bidan
sewaktu Angah
dilahirkan yang
mengatakan
bahawa Angah
ialah anak
bertuah.
Pada
suatu hari,
Angah memasuki
bilik Along
kerana mahu
meminta maaf.
Angah menyatakan
rasa kasihnya
kepada Along,
tetapi Along
menolaknya.
Perasaan dendam
telah menguasai
pemikiran Along
sehingga
terkikisnya
perasaan kasih
sayang
adik-beradik.
Pada
suatu hari,
rantai mutiara
milik ibu mereka
putus. Apabila
ditanya, Along
tidak mengaku
bahawa dia yang
melakukannya.
Oleh sebab itu,
Angah yang
dituduh.
Lantaran tiada
orang lain yang
mungkin
melakukan
kesalahan itu,
maka ayah mereka
menghukum Angah.
Angah dipukul
dengan kuatnya.
Angah menangis.
Along
berasa kasihan
dan simpati
terhadap Angah.
Dia menemui
Angah.
Sebenarnya Along
yang melakukan
perbuatan itu,
tetapi dia mahu
mengenakan Angah
kerana rasa
dendamnya itu.
Apabila dihukum
dengan beratnya,
mucul perasaan
simpati yang
kemudiannya
mengakrabkan
hubungan
kedua-dua orang
adik-beradik
itu.
Maaf Kupinta
Sinopsis
Fauzi
yang tinggal di
asrama
bersiap-siap
untuk pulang ke
kampung. Dia
membayangkan
suatu rancangan
yang akan
dilakukannya
ketika berada di
kampung nanti.
Dia perlu
melaksanakan
rancangannya
itu.
Fauzi
berada di asrama
bukanlah kerana
dia cemerlang
dalam pelajaran,
atau kerana dia
anak daripada
keluarga miskin.
Alasan dia
berada di asrama
adalah kerana
dia berada dalam
keadaan tertekan
semasa berada di
rumah.
Fauzi
menganggap bapa
tirinya
bertindak tidak
adil
terhadapnya.
Bapa tirinya
mengawalnya
secara terlalu
keras. Fauzi
merasakan bahawa
bapa tirinya
tidak sayang
kepadanya. Dia
membenci bapa
tirinya. Pernah
berlaku suatu
peristiwa yang
menyebabkan
dahinya benjol.
Fauzi bercerita
kepada ibu dan
neneknya bahawa
bapa tirinya
yang bertindak
kasar sehingga
dia cedera
sedimikian.
Hasil
bantuan Cikgu
Zainudin, dia
berjaya diterima
bersekolah di
sekolah
berasrama di
bandar. Semasa
di asrama, ibu
dan bapa tirinya
selalu
mengunjunginya.
Keadaan ini
menyebabkannya
berasa insaf.
Tambahan pula,
dia mendapat
kawan sebilik,
Syahir tidak
pernah
dikunjungi oleh
bapa kandung
sendiri. Syahir
mengatakan
kepadanya bahawa
dia beruntung.
Selain Syahir,
Fauzi juga
terkesan dengan
nasihat yang
diberikan oleh
guru Pendidikan
Islamnya. Kata
guru itu, kita
mestilah
menghargai
kebaikkan budi
seseorang.
Fauzi
berasa tidak
sabar untuk
pulang. Apabila
dia sampai di
kampungnya, dia
disambut dengan
baik oleh
keluarganya
termasuk bapa
tirinya. Fauzi
mula merasa
kasih sayang
bapa tirinya
kepadanya. Dia
menyesal atas
sikpnya yang
lepas, lalu
bercerita bahawa
benjol di
dahinya dulu
bukanlah kerana
perbuatan bapa
tirinya. Dia
sendiri yang
merempuh tiang
kerana takut
kepada bapa
tirinya. Dia
meminta maaf
kepada bapa
tirinya.
Rancangan yang
hendak
dilaksanakannya
ialah membantu
keluarganya ke
sawah. Jika bapa
tirinyaa turun
ke laut, dia
akan turut ke
laut. Dia juga
akan membantu
adik-adiknya
jika mereka
memerlukan
bantuan dalam
hal pelajaran.
Fauzi ingin
berbakti.
Gema Sepi
Gadis Genius
Sinopsis
Fikiran Basirah
kian kusut. Dia
berdepan dengan
masalah "busut"
dalam sistem
komputer di
Makmal Perdana,
tempat dia
sedang menjalani
latihan
praktikalnya.
Dalam kekusutan
fikirannya itu,
Basiran
terkenang akan
kakaknya,
Hanani. Basirah
mengalami
masalah egoisme
sebagai seorang
kanak-kanak
genius. Basirah
berasa tidak
senang apabila
Hanani mengeluh
apabila melihat
dirinya pergi
bekerja pada
hari minggu.
Basirah
menganggap
Hanani tidak
memahami
dirinya. Namun
pada waktu yang
sama, dia
teringin hendak
menjadi seperti
Hanani yang
banyak mempunyai
kawan dan
bergembira
dengan pelbagai
rutin harian.
Namun
demikian,
Basirah tidak
boleh berbuat
seperti Hanani
kerana gadis
genius mesti
sentiasa
kelihatan serius
seperti orang
dewasa. Tambahan
pula, dia sering
menjadi
perhatian.
Bagaimanapun,
kadangkala
Basirah teringin
juga mengisi
masa terluang
dengan mencari
maklumat tentang
cara-cara untuk
menjalinkan
persahabatan.
Namun, usahanya
itu tidak sampai
ke mana kerana
dia sentiasa
sibuk belajar
dan bekerja
serta memerah
otak. Basirah
tiba-tiba
terkenang akan
hari pertama dia
bekerja
menjalani
latihan
praktikalnya
semasa berusia
13 tahun. Namun
sepantas itu
pula
perhatiannya
kembali kepada
masalah "busut"
yang
dilonggokkan
oleh pengurusnya
tadi. Memang
terdapat paparan
data yang
mencurigakan dan
terlalu rumit
untuk
ditafsirkan.
Namun, Basiran
optimis. Dia
tidak mudah
mengaku kalah.
Dia berusaha
untuk mengesan
penceroboh
sistem komputer
itu
Tiba-tiba
Basirah teringat
lagi akan
"busut" yang
lain itu.
"Busut" yang
bermula daripada
sebesar sebutir
padi, kemudian
melanda
saluran-saluran
darah di payu
dara ibunya.
Akhirnya ibunya
tewas dan
kembali ke
ramahtullah.
Lamunan Basirah
terhenti apabila
beberapa orang
remaja berusia
lingkungan 12 -
15 tahun hadir
di makmalnya.
Salah seorang
daripada remaja
itu ialah
kakaknya, Hanani
yang datang
untuk meraikan
hari jadi
Basirah yang
ke-14. Mereka
turut membawa
sebiji kek.
Semua
remaja yang
hadir
menghulurkan
bantuan kepada
Basirah. Ada
antara mereka
yang mempunyai
saudara, kawan,
atau peminat
"surat
elektronik" di
luar negara.
Basirah terharu.
Alat osiloskop
dipasang.
Panggilan kepada
"kawan
elektronik"
dibuat dan
balasan e-mel
dari luar negara
di seluruh dunia
diterima.
Basirah turut
kagum akan
cadangan Hanani.
Basirah sedar
bahawa tidak
semua orang
pakar dalam
semua subjek.
Akhirnya,
maklumat tentang
penangkapan si
penceroboh itu
mulai tersebar
dalam internet.
Warkah
daripada Ibu
Sinopsis
Mira
menerima kiriman
surat daripada
ibunya. Isi
kandungan surat
itu membuatkan
dia menangis.
Isi kandungan
surat itu telah
menjawab segala
persoalan dan
pertanyaan Mira
selama ini. Mira
teringat kembali
akan peristiwa
pada suatu hari
setahun yang
lalu. Ibunya
memberitahunya
bahawa dia dan
adik-adiknya
akan tinggal di
kampung bersama
dengan datuk dan
neneknya. Mira
tidak bersetuju
dengan keputusan
ibunya itu. Mira
mengatakan
bahawa
tindakannya itu
adalah untuk
kebaikan Mira
dan
adik-adiknya.
Mira menuduh
ibunya tidak
berasa
menyayanginya
dan adik-adiknya
lagi.
Adik-adik Mira
tidak berasa
sedih kerana
mereka belum
tahu akan erti
perpisahan.
Melihat gelagat
Mira yang dalam
kesedihan itu,
nenek mengajak
Mira menemaninya
untuk pergi ke
kedai. Menurut
nenek, di kedai
itu nanti Mira
akan dapat
berkenalan
dengan banyak
teman sebaya.
Nenek menyuruh
Mira memakai
tudung semasa
hendak keluar
pergi ke kedai,
kerana menurut
nenek, semua
anak gadis di
kampung itu
memakai tudung.
Di kedai, nenek
memperkenalkan
Mira dengan
Suzana, anak Pak
Imam Dolah.
Sejak hari itu,
Mira telah
banyak mengenali
rakan sebaya
dengannya.
Rakan-rakan
sekolahnya tekun
belajar dan
mengulang kaji
pelajaran. Udara
di kampung
begitu
menyegarkan dan
bebas daripada
pencemaran udara
dan bunyi.
Melalui
surat itu, ibu
memperjelaskan
keadaan sebenar
akan sebab Mira
dan adik-adiknya
dihantar ke
kampung untuk
tinggal bersama
dengan datuk dan
neneknya.
Antaranya,
faktor gejala
sosial yang
hebat melanda
masyarakat kota.
Inilah yang
menghantui dan
menakutkan
ibunya. Pengaruh
rakan-rakan
sebaya dalam
pergaulan
seharian, dan
suasana
persekitaran
adalah antara
sebab gejala
sosial ini
berlaku. Di
kampung, corak
pergaulan
negatif seperti
ini belum
berlaku. Di
kampung, Mira
akan mengerti
makna kesusahan
dan bersyukur
dengan apa yang
ada. Keadaan ini
akan menyebabkan
Mira dapat
merasai belas
dan simpati
terhadap orang
yang susah.
Semua ini akan
membuatkan jiwa
Mira kuat dan
tabah untuk
menghadapi
apa-apa jua
dugaan Allah.
Setelah
setahun Mira
berada di
kampung, ibu
Mira berbangga
kerana Mira
telah
menunjukkan
prestasi yang
baik. Apa yang
dihasratkan oleh
ibu terhadap
Mira telah
menjadi
kenyataan, iaitu
Mira telah
hampir tamat
mengaji
Al-Quran,
menunaikan solat
lima waktu,
sopan dalam
pergaulan, dan
mencapai
keputusan yang
cemerlang dalam
pelajaran.
Setelah
selesai membaca
surat itu untuk
kali keduanya,
baru Mira faham
akan apa yang
tersirat selama
ini di balik
tindakan ibunya
menghantar dia
dan adik-adiknya
tinggal bersama
dengan datuk dan
neneknya di
kampung.
Drama
Hemodialisis
Sinopsis
Abah
sakit perut.
Bukan sakit
perut biasa.
Sakitnya serius.
Mama hendak
memanggil Afif
untuk memeriksa
Abah. Abah tidak
bersetuju. Abah
tidak mahu
menyusahkan Afif
yang sedang
sibuk merawat
para pesakit di
kliniknya itu.
Abah tidak mahu
dikata orang
bahawa Abah
seorang bapa
yang
mementingkan
diri.
Mama
menjawab telefon
daripada Fatin
Atiqah. Semasa
Mama kembali
mendapatkan
Abah, Mama
mendapati Abah
sudah pengsan.
Mama menyangka
Abah bergurau.
Mama berasa
cemas lalu
menelefon Afif
yang sedang
bertugas di
kliniknya.
Semasa
Afif sampai di
rumah, Abah
telah pun
kembali sedar.
Afif memeriksa
Abah. Afif
hendak membawa
Abah ke klinik,
namun Abah tidak
mahu pergi. Abah
mengatakan
bahawa para
pesakit di
klinik lebih
memerlukan
khidmat Afif.
Afif bertegas
hendak membawa
Abah ke klinik.
Abah juga
bertegas tidak
mahu pergi. Abah
dan Afif saling
berhujah untuk
mempertahankan
pendirian
masing-masing.
Berlaku suatu
konflik
kata-kata antara
dua beranak itu.
Afif terpaksa
memanggil Doktor
Leong, salah
seorang doktor
yang berkhidmat
di kliniknya
untuk
membantunya
menyakinkan
Abah. Namun,
Abah tetap juga
berdegil tidak
mahu pergi.
Akhirnya Abah
dipaksa menaiki
kerusi roda lalu
dibawa ke
klinik.
Setelah dirawat
di klinik, Abah
dibawa pulang ke
rumah bersama
dengan alat
hemodialisis.
Semasa Afif
hendak pergi ke
klinik untuk
meneruskan
tugasnya, Abah
menyuruh Afif
menunggunya
sekejap. Suatu
perdebatan
ringkas berlaku
lagi antara anak
dengan bapa itu.
Sesudah itu,
Afif pulang ke
kliniknya
semula.
Beberapa hari
kemudian, Fatin
Atiqah, anak
bongsu Abah
pulang ke rumah
setelah tamat
pengajiannya.
Dia pulang
bersama dengan
teman lelakinya,
Saufi. Fatin
Atiqah terkejut
melihat keadaan
Abah. Saufi cuba
menenteramkan
Fatin Atiqah.
Abah sangat
gembira
mendengar berita
kecemerlangan
Fatin Atiqah
dalam
akademiknya.
Abah
mendepangkan
tangannya
meminta dipeluk
oleh Fatin
Atiqah. Semasa
mereka
berpelukan itu,
Abah rebah dan
menyebabkan
sambungan mesin
hemodialisisnya
terputus.
Keadaan menjadi
kelam-kabut
seketika kerana
mereka tidak
tahu bagaimana
hendak
menyambungkan
saluran darah ke
mesin
hemodialisis
yang terputus
itu semula.
Akhirnya, Doktor
Afif tiba di
rumah lalu
menyambungkan
saluran alat
hemodialisis itu
ke tubuh Abah
semula.
Inflakasta
Sinopsis
Peperangan
sedang berlaku.
Bangunan dan
alam sekitar
musnah. Muncul
Dibisi dalam
keadaan yang
sangat lemah
dengan
pakaiannya yang
carik-carik.
Marhen pula
muncul dalam
keadaan yang
sangat kotor
serta berwajah
bengis dengan
jambang yang
tidak terurus.
Mereka terjumpa
sebuah kotak
makanan lalu
bergelut untuk
memiliki kotak
itu sehingga
kotak itu
terputus dua.
Mereka hampa
kerana tidak ada
makanan di dalam
kotak itu.
Peperangan
menjadikan
mereka orang
yang lapar.
Mereka
saling
berkenalan.
Dibisi merupakan
orang penting
dalam
pemerintahan.
Hidupnya sebelum
ini mewah.
Marhen pula
merupakan petani
yang hidup
senang. Dia
seorang yang
pemurah. Namun,
nasib Dibisi dan
Marhen sekarang
sama, iaitu
menjadi manusia
yang lapar.
Kerana
kelaparan,
mereka pun
tertidur.
Muncul
pula Siti dengan
wajah yang
sugul. Dia
memanggil-manggil
nama
"Inflakasta".
Kehadiran Siti
mengejutkan
Dibisi dan dan
Marhen daripada
tidur. Mereka
menghampiri
Siti. Siti
menuduh Dibisi
dan Marhen
sebagai orang
yang zalim,
pembunuh, dan
menyebab
berlakunya
peperangan.
Tiba-tiba
terdengar suara
dari pelaung
suara yang
mengarahkan
mereka agar
jangan lari
kerana mereka
telah dikepung.
Muncul
Kastabung, ketua
kumpulan tentera
yang berkuasa di
situ. Kastabung
menuduh mereka
bertiga sebagai
perisik pihak
musuh. Marhen
hendak menyerang
Kastabung.
Kastabung segera
memanggil
pembantunya,
Taliba yang
memiliki senjata
"kuasa bahaya"
yang dapat
memusnahkan
setiap benda.
Dibisi
memberitahu
Kastabung bahawa
mereka ialah
pelarian mangsa
peperangan,
namun Kastabung
tetap tidak
mempercayai
mereka.
Marhen
bertumbuk dengan
Kastabung.
Taliba dan Siti
turut masuk
campur.
Pergaduhan
terhenti apabila
muncul Jakidan
yang membawa
berita buruk
tentang kerajaan
mereka.
Kastabung tidak
peduli akan
berita yang
dibawa oleh
Jakidan, malah
dia tetap akan
meneruskan
cita-citanya
untuk membina
Empayar
Kastabung.
Dibisi dan Siti
menasihati
Kastabung tetapi
tidak
diendahkannya.
Dibisi
dan Marhen
berselisih
pendapat lalu
terjadi
pergelutan
antara
kedua-duanya.
Siti merampas
senjata "kuasa
bahaya" daripada
Taliba dan
menyuruh
Kastabung
mengarahkan
orang-orangnya
supaya
meninggalkan
tempat itu.
Kastabung akur.
Tiba-tiba, Siti
rebah kerana
ditembak dengan
cahaya laser.
Marhen menyambar
senjata "kuasa
bahaya" dan
menuduh
Kastabung
menipu. Setelah
memapah Siti dan
meletakkan Siti
di tepi batu,
Dibisi menyerang
Kastabung,
Jakidan, dan
Taliba. Dibisi
juga maut
terkena cahaya
laser. Marhen
yang geram
membocorkan
peluru senjata
"kuasa bahaya"
menyebabkan
semuanya musnah
menyembah bumi.
Muncul
dua orang
kanak-kanak,
Infla dan Kasta
membawa
bungkusan
makanan untuk
ibu mereka. Siti
menyedari
kehadiran
anak-anaknya.
Siti
menyampaikan
pesanan terakhir
kepada
anak-anaknya
sebelum dia
meninggal dunia.
Di Sini Bakti
Bersemadi
Sinopsis
Tini
seorang gadis
yang
berkelulusan
diploma baru
sahaja tamat
pengajiannya.
Dia pergi ke
tempat ternakan
ayam milik Amin,
rakannya di
kampungnya. Tini
hendak meninjau
bagaimana Amin
menjalankan
perusahannya.
Tini berhasrat
hendak mengikuti
jejak Amin,
iaitu bekerja
sendiri. Berkat
kesabaran dan
ketekunannya,
Amin telah
berjaya. Tini
tertarik oleh
sikap dan
semangat Amin.
Hasrat
Tini hendak
menjalankan
perusahaan
sendiri tidak
dipersetujui
oleh ayahnya.
Namun, Tini
tetap bertegas
dan menyakinkan
ayahnya akan
kemampuannya.
Akhirnya ayah
Tini akur.
Kamal,
tunang Tini agak
marah apabila
mendapat tahu
bahawa Tini mahu
bekerja sendiri.
Kamal berkata
bahawa Tini
telah membuat
kesilapan dengan
memilih untuk
bekerja sendiri.
Namun, Tini
tetap dengan
pendiriannya.
Amin
melawat kilang
perusahaan kraf
tangan Tini.
Amin menyarankan
supaya Tini
memperluas
perusahaan.
Kamal pergi ke
rumah Tini
tetapi Tini
berada di
kilang. Masa
Tini lebih
tertumpu pada
kilang dan orang
kampung. Hal ini
tidak
menyenangkan
ayah Tini dan
juga tunangnya
itu. Kamal
memberikan
cadangan kepada
ayah Tini untuk
mempercepatkan
hari perkahwinan
mereka. Ayah
Tini bersetuju
dan memberitahu
Tini tentang
hasrat Kamal
itu. Namun, Tini
belum bersedia
kerana dia
hendak
membangunkan
perusahaannya
lebih dahulu
sehingga
berjaya.
Di
tempat ternakan
ayam, Amin
bergaduh dengan
Malek. Amin mahu
membawa Malek ke
balai polis
kerana telah
mencuri
ayam-ayamnya.
Amin bertemu
dengan ayah Tini
di jalanan. Ayah
Tini memuji Amin
yang telah
berjaya dalam
perusahaannya.
Kegigihan Amin
patut dicontohi
oleh anak muda
di kampungnya.
Kamal
telah
membebaskan
Malek daripada
tahanan polis.
Kamal telah
merancang
sesuatu. Pada
suatu malam
semasa Amin
pergi memeriksa
ayam-ayamnya,
dia telah
dipukul. Mesin
di kilang kraf
tangan Tina juga
telah
dirosakkan. Ayah
Tini menyiasat
orang mensabotaj
ternakan ayam
Amin dan kilang
kraf tangan
Tini. Hasil
siasatannya,
ayah Tini
mendapati bahawa
orang yang
melakukan
perbuatan itu
ialah Malek
manakala orang
yang
merancangnya
ialah Kamal.
Tini bersemuka
dengan Kamal.
Kamal menyesali
perbuatannya,
tetapi telah
terlambat. Tini
telah memutuskan
pertunangannya
dengan Kamal.
SAJAK
Persahabatan
Rangkap 1
Kanak-kanak
Melayu yang
berpakaian baju
kurung sedang
bermain dengan
gembira.
Rangkap 2
Kanak-kanak Cina
yang memakai
ceongsam datang
dan menyapa
kanak-kanak
Melayu sambil
tersenyum lalu
bermain
kejar-kejar.
Rangkap 3
Kanak-kanak
India yang
memakai sari
ingin bermain
bersama apabila
melihat telatah
kedua-dua orang
kanak-kanak itu.
Rangkap 4
Mereka tidak
merasakan ada
perbezaan kerana
bagi mereka yang
penting ialah
keseronokan
bermain
bersama-sama.
Yang inilah
gambaran
perpaduan rakyat
Malaysia. Jati
diri rakyat
Malaysia amat
bergantung pada
persefahaman,
walaupun ada
perbezaan.
Hari Guru
Rangkap 1
Pada Hari Guru,
seorang pasti
akan teringat
akan jasa guru,
iaitu golongan
yang memikul
amanah mendidik
anak bangsa.
Bakti guru ialah
harapan semua
orang.
Rangkap 2
Di samping itu,
pada Hari Guru,
para guru
sendiri pasti
berfikir tentang
sumbangan
mereka. Sama ada
mereka telag
menaburkan bakti
dengan penuh
semangat atau
mereka gagal
melakukannya
kerana halangan
tertentu.
Rangkap 3
Hari Guru
merupakan hari
penghormatan
kepada semua
guru.
Burung-burung
Pagi
Rangkap 1
Sejak awal pagi,
burung-burung
sudah berada di
halaman rumah
penyajak dan
bunyi
burung-burung
itu menyebabkan
penyajak terjaga
daripada tidur.
Rangkap 2
Apabila penyajak
bangun, dia
terus teringat
akan kerjanya.
Rangkap 3
Burung-burung
makan apa sahaja
yang boleh
dimakan. Pada
fikiran
penyajak, kota
ini tidak sesuai
bagi burung.
Rangkap 4
Namun, apabila
diperhatikan
betul-betul,
burung yakin
untuk terus
hidup dengan
caranya.
Ketenangan
Rangkap 1
Penyajak
berusaha mencari
ketenangan,
tetapi pada
permulaannya dia
gagal. Ketika
itu dia kecewa
dan bersedih.
Rangkap 2
Kemudian
penyajak menemui
ketenangan.
Rangkap 3
Penyajak mulai
sedar bahawa
ketenangan
bukannya
bertitik tolak
daripada
kehidupan yang
senang, kaya,
dan mewah.
Rangkap 4
Ketenangan
sebenarnya akan
berada dalam
jiwa jika
seseorang itu
beriman, iaitu
sentiasa
mendekati Allah.
Sajak Laut
Rangkap 1
Penyajak
menggambarkan
keadaan laut
yang biru, luas,
dan indah.
Rangkap 2
Penyajak berasa
bahagia dan
tenang apabila
memerhatikan
laut. Laut yang
luas
membayangkan
kekayaan.
Rangkap 3
Penyajak melihat
pasir yang
berwarna putih
dan kerang.
Ombak terkena
pada kakinya.
Angin pantai
pula mengenai
tubuhnya.
Rangkap 4
Penyajak juga
memerhatikan
nelayan yang
mencari rezeki
di laut untuk
keluarga mereka.
Rangkap 5
Burung-burung
terbang dan
bernyanyi
gembira seiring
dengan bunyi
ombak.
Rangkap 6
Penyajak melihat
matahari yang
hanya kelihatan
separuh tetapi
masih memberikan
sinarnya.
Rangkap 7
Penyajak
merasakan bahawa
laut dan dirinya
amat akrab
bagaikan
bersaudara.
Warkah Kepada
Generasi
Rangkap 1
Penyajak
mengatakan
bahawa generasi
kini ialah
golongan yang
bertuah kerana
hidup dalam
negara yang
bermaruah pada
alaf baru.
Rangkap 2
Keadaan ini
merupakan hasil
perjuangan
generasi yang
terdahulu, iaitu
nenek moyang
yang telah
banyak berjuang
membebaskan
negara daripada
cengkaman
penjajah.
Rangkap 3
Penyajak
berpesan agar
rakyat generasi
kini tidak
melupakan
sejarah.
Sumber: Kupasan
dan Kajian
2011-Antologi
Gema Sepi Gadis
Genius dan Novel
Lestari Bukit
Menghijau Oleh
Sharif Shaary,
Rahman Shaari
dan M. Rosli
Saludin |