Interpretasi
Logo Warna
Merah yang
dikelilingi
oleh garisan
hitam adalah
lambang
kesepaduan
semangat
warga
Ade Putra
dalam
menjana
cita-cita
dan harapan
sekolah.Warna
kuning pula
menggambarkan
kepatuhan
terhadap
disiplin
sekolah dan
undang-undang
negara.
Sekolah ini
memberi
tumpuan
dalam segala
bidang
kurikulum
dan
ko-kurikulum.
Ini
digambarkan
dengan
simbol buku
, 5 gelang
dan gelung
teknologi
yang
mengepung
huruf
SMKAP.Simbol
keris dan
obor membawa
maksud
amanah dan
tanggungjawab
yang menjadi
teras kepada
pembentukan
sahsiah
murid-murid
berhemah
khususnya
dan
diharapkan
pelajar-pelajar
dapat
menaburkan
jasa
baktinya
kepada
masyarakat.