|
SENI REKA TANDA
MATLAMAT
Matlamat mata
pelajaran Seni
Reka Tanda
adalah untuk
melahirkan murid
yang kreatif dan
berkemahiran
dalam kerja
tanda tulis,
papan tanda,
kerja semburan
angin dan
cetakan skrin
dengan
mengamalkan
budaya kerja
yang baik dan
selamat serta
boleh
menjalankan
perniagaan
sendiri atau
berupaya menjadi
penyumbang
tenaga kerja
mahir di
industri
pengiklanan dan
reka bentuk.
OBJEKTIF
Kurikulum Seni
Reka Tanda
adalah untuk
membolehkan
murid:
*Mengaplikasikan
kemahiran dan
pengetahuan
mereka bentuk,
membuat susun
atur dan menanda
tulis dalam
pembuatan produk
yang bernilai
komersial untuk
bidang
pengiklanan.
*Menggunakan
kelengkapan
visual untuk
kerja pindaan
tata letak.
*Menghasilkan
ilustrasi dengan
menggunakan
peralatan
semburan angin.
*Melakukan kerja
semburan cat
untuk
menghasilkan
papan tanda.
*Melakukan kerja
cetakan skrin
untuk
menghasilkan
cetakan fabrik
dan perspek.
*Menggunakan
kelengkapan
‘Computer-Aided
Signage’ (CAS)
untuk
menghasilkan
kerja
pengiklanan.
*Membuat
anggaran bahan
dan kos.
*Mengamalkan
prosedur kerja
yang betul dan
selamat.
*Menguruskan
kerja dengan
baik dan
berkomunikasi
dengan berkesan.
*Menyediakan
rancangan
perniagaan yang
mudah dan
meminati bidang
keusahawanan. |