:: Pengurusan Sekolah
:: Pengurusan Akademik
:: Hal Ehwal Murid
:: Kokurikulum
:: Badan Pengawas
:: Lembaga Disiplin
:: Unit Kaunseling
:: Koperasi

:: PIBG SMKBR
:: Kelab Staf
:: Forum Warga SMKBR

Badan Pengawas SMKBR

"Marilah bersama kami membentuk warga pelajar yang dinamik, berketrampilan dan cemerlang."

.:: Terkini ::.

PEPERIKSAAN:

Sikap Penentu Kejayaan
Strategi Belajar Berkesan
20 Technology Skills Every Educator Should Have
.:: Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai ::.
Latar Belakang Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rambai (SMKBR) terletak di Jalan Tangga Batu, Daerah Melaka Tengah, berhampiran Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Rambai.

Luas tapak sekolah adalah lebih kurang 57,683 meter persegi. Pada asalnya kawasan ini adalah merupakan ladang getah berbukit dan terdapat sedikit tanah rendah berpaya. Sekolah ini telah dibina oleh Sahs Maju Sdn.Bhd. mengikut pelan yang diluluskan oleh Jabatan Kerja Raya. Pembinaan sekolah telah dimulakan pada pertengahan tahun 2000 dan siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2001.Upacara penyerahan bangunan oleh kontraktor kepada pihak Jabatan Kerja Raya telah diadakan pada 7 November 2001. Sekolah ini mula beroperasi pada 7 Januari, 2002 dengan tenaga pengajar seramai 37 orang dan mempunyai seramai 322 pelajar tingkatan satu dan 222 pelajar tingkatan dua. Pelajar tingkatan dua adalah pelajar yang datang dari sekolah menengah berdekatan.
SMKBR menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar memenuhi cita-cita belajar dalam suasana aman dan kondusif. SMKBR dikenali di kalangan guru-guru dan pelajar-pelajar sebagai "BRASS" yang merupakan singkatan kepada Bukit Rambai Secondary School. Ini adalah selaras dengan aspirasi sekolah menuntut penggunaan bahasa utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

MAJLIS BACAAN YASIN DAN SOLAT HAJAT PMR & SPM 2007
_________________________________________________________________________________
Jumaat, 7 September 2007

Majlis bacaan Surah Yasin dan sembahyang sunat hajat telah diadakan di surau SMK Bukit Rambai baru-baru ini. Majlis ini telah dipimpin oleh Iman Masjid Tangga Batu iaitu Tn Hj Ahmad. Selesai solat Maghrib, satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh tuan imam dan diikuti dengan bacaan surah Yasin serta solat hajat. Setelah solat Isyak, YDP PIBG telah menyampaikan ucapan. Beliau turut berterima kasih atas kesudian para ibu bapa dan pelajar hadir dalam majlis ini.

Sama-samalah kita mendoakan semoga para pelajar yang bakal menduduki PMR dan SPM dapat mencatatkan kejayaan yang cemerlang pada tahun ini.

PETRONAS F1 REV SQUAD Di SMKBR
_________________________________________________________________________________
Selasa, 7 Ogos 2007

SMK Bukit Rambai amat bertuah kerana PETRONAS REV Squad sudi untuk mengadakan pamerannya di sekolah ini bermula 6 hingga 7 Ogos 2007. Objektif utama pameran ini ialah untuk mendidik para pelajar tentang hubungan sains dan teknologi di sebalik sukan F1 dalam bentuk interaktif dan bukan bersifat konvensional. Pameran PETRONAS REV Squad adalah merupakan satu usaha untuk meningkatkan dan mengembangkan pembelajaran experimental para pelajar. Pameran F1 oleh PETRONAS REV Squad telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan kerana semua pelajar berpeluang untuk melihat sendiri dari dekat kereta F1 yang telah digunakan oleh pelumba BMW Sauber F1 iaitu Nick Hiedfield. Pelbagai aktiviti diaturkan dalam pameran ini yang meliputi tayangan 3D perlumbaan F1, kuiz F1, bahan pembelajaran interaktif, sesi soal jawab dan juga tidak ketinggalan jualan barangan cenderahati. Rata-rata pelajar begitu teruja dengan pameran tersebut. Mungkin suatu hari nanti akan lahir seorang pelumba F1 dari SMK Bukit Rambai? >> Foto sekitar pameran

Hari Kantin Dan Mesyuarat Agung Sesi 2007
_______________________________________________________
Isnin, 2 Julai 2007

BUKIT RAMBAI - SMK Bukit Rambai telah mengadakan program Hari Kantin dan Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun 2007  pada 30 Jun 2007 (Sabtu) yang lalu. Di samping itu, Program Jaya Waris juga turut diadakan di mana slip keputusan  Peperiksaan Pertengahan Tahun 2007 telah diedarkan kepada para ibu bapa dan penjaga.

Kehadiran tetamu kehormat iaitu YB Seet Har Cheow, ADUN Kawasan Klebang ke majlis ini telah menyerikan lagi majlis ini. YB Seet Har Cheow telah sudi merasmikan upacara pembukaan serta menyampaikan hadiah kecemerlangan kepada para pelajar cemerlang iaitu para pelajar cemerlang PMR dan SPM bagi tahun 2006.

Dalam ucap utamanya, YB Seet menyeru kepada semua pelajar agar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Beliau juga turut mengingatkan para ibu bapa agar sentiasa memantau perkembangan anak-anak mereka agar tidak terjebak dalam gejala sosial.

Sempena Hari Kantin, terdapat 23 buah gerai jualan dibuka yang melibatkan penyertaan para pelajar daripada kelab, persatuan dan unit beruniform. Pelbagai jenis makanan dan minuman dijual termasuk 'jumbo sale'. Di samping itu, pameran buku oleh syarikat-syarikat pembekal buku juga diadakan di foyer SMKBR. Acara cabutan bertuah merupakan acara terakhir dalam program tersebut. Lebih 40 hamper telah disampaikan kepada pengunjung bertuah. Program ini tamat pada 2.30 petang.

 

Kejohanan Merentas Desa 2007
_________________________________________________________________________________
Sabtu, 27 Januari 2007

Kejohanan Merentas Desa telah dirasmikan oleh Tuan Yang Dipertua PIBG, Tn. Hj. Rahim b. Haron. Dalam ucapan perasmian beliau menyeru kepada semua pelajar agar sentiasa melibatkan diri secara aktif dalam semua kegiatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan berusaha untuk mencapai kecemerlangan.

Para pelajar dilepaskan mengikut kategori masing-masing bermula seawal jam 9.00 pagi. Peserta pertama yang berjaya sampai ke garisan penamat hanya mengambil masa selama 32 minit untuk menamatkan

larian. Hadiah-hadiah turut disampaikan oleh Tuan Yang Dipertua PIBG kepada para pemenang. Rumah Wira telah muncul sebagai juara keseluruhan dalam kejohanan kali ini.

Laman Web Program Peer Coaching
_________________________________________________________________________________
Rabu, 27 Jun 2007

Program Peer Coaching adalah inisiatif bersama Kementerian Pelajaran Malaysia dan Microsoft untuk membantu warga pendidik memperkasakan amalan pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.  Laman web ini disediakan untuk membantu latihan program berkenaan di mana peserta boleh berkongsi Web Lesson, Coaching Portfolio dan Coaching Chronicle.

URL:  http://www.myguru.com.my/peercoaching

 



 KALENDAR 2007

:: Sumber Terbuka
:: Artikel
:: Motivasi
:: Laman Pendidikan

:: Perihal Web
:: Hubungi Kami
:: Surat

Paparan terbaik 1024 x 768 pixel dengan

Kemaskini pada : 09/09/2007

Penafian: Pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang mungkin berlaku terhadap akses maklumat daripada laman web ini.
© Hak Cipta Terpelihara - SMK Bukit Rambai 2003 - 2007