|
Hampir
80% daripada pelajar tidak
mempunyai matlamat atau tidak tahu apa yang
dikatakan sebagai matlamat. Cuba fikirkan sejenak,
sekiranya anda tidak pasti apa yang anda mahukan,
bagaimana mungkin anda membuat perancangan dan
mengatur langkah untuk mendapatkannya? Tanpa
matlamat hidup anda akan sia-sia. Tanpa matlamat
masa akan terbuang begitu sahajai tanpa disedari.
Imagination is power than knowledge.
Ini dipetik dari kata-kata Einstein. Memang
benar, imaginasi atau impian itu lebih berkuasa
dari ilmu pengetahuan. Sebab, impian akan
mendorong tindakan. Impian mencetus kegigihan.
Impian yang sungguh-sungguh akan mendorong diri
untuk teruskan perjuangan ke arah kejayaan.
Sedarkah anda begitu ramai orang gagal dalam hidup
mereka hari ini adalah mereka yang sebenarnya tahu
tentang faktor atau penyebab kejayaan. Pulang
nanti, sekiranya anda bertemu dengan seorang
tukang kebun, cuba tanya dia, "Pakcik..pakcik.,
pakcik tahu tak kalau waktu sekolah dulu pakcik
belajar rajin-rajin, tidak buang masa, tekun....
hari ini pakcik mungkin dah jadi doktor". Apa
agaknya kata pakcik itu?? "Tahu..pakcik tahuuu".
Lihat seorang yang tahu apa faktor yang boleh
merubah masa depan kini berpuashati hanya sebagai
tukang kebun??? Inilah masalah anda. Anda tahu
apa yang perlu dilakukan untuk berjaya tetapi anda
tidak punya matlamat. Tidak punya impian yang
cukup kuat untuk melakukan sesuatu tindakan kearah
kecemerlangan diri.
Selepas ini, tenangkan fikiran anda sebentar.
Fikirkan soalan ini.
-
Apa yang aku mahukan dalam hidup ini?
-
Bila aku mahukannya setahun, dua tahun, lima
tahun?
-
Kenapa aku mahukannya?
-
Bagaimana aku boleh mendapatkannya?
|