|
Dalam
artikel Bahagian 1 sebelum ini, saya telah
membincangkan apa yang dikatakan matlamat dan
bagaimana untuk membentuknya. Kali ini mari
kita lihat pula kenapa matlamat itu perlu.
Kajian di institusi pengajian tinggi menunjukkan
80% pelajar tidak bermatlamat dan ini adalah
punca utama pelajar melayu gagal bersaing.
Menyedihkan tetapi itulah hakikatnya.
Matlamat memudahkan perancangan.
Sekiranya anda ada matlamat, maknanya anda
telahpun menetapkan apa yang mahu dicapai dalam
suatu tempoh yang tertentu. Ini pastinya
memudahkan lagi untuk anda merancang tugas anda
setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan.
Contoh:
Katakan anda mahu menghabiskan ulangkaji mata
pelajaran Sains sebulan sebelum tibanya
peperiksaan PMR. Katakanlah, pelajaran Sains
itu mempunyai 24 tajuk dan anda kini mempunyai 6
bulan sahaja untuk menghabiskannya (iaitu
sehingga sebulan sebelum PMR). Ini bermakna
anda perlu menghabiskan 4 tajuk Sains setiap
bulan, atau lebih kurang 1 tajuk setiap minggu.
Sekiranya anda merancang untuk belajar Sains
sebanyak 4 kali seminggu, gunakan 3 sessi yang
pertama untuk menghabiskan satu-satu tajuk dan
gunakan sessi ke-4 untuk mengimbas semula tajuk
tersebut dan menjawab soalan-soalan yang
berkaitan dengannya.
Matlamat meningkatkan komitmen diri.
Secara tidak langsung apabila anda punya
matlamat maka anda merasakan suatu komitmen
perlu diambil untuk memenuhinya. Sebab
sekiranya anda terlalai untuk mengikut setiap
perancangan yang telah dijadualkan bermakna anda
menggadai masa depan anda sendiri. Mata
pelajaran Sains seperti di atas tidak mungkin
dapat dihabiskan hanya sekiranya anda meletakkan
komitmen untuk mengikut jadual harian anda
sendiri.
Ingatlah, manusia yang berjaya ialah manusia
yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap
senarai tugas atau perancangan hariannya.
Matlamat
membantu anda membuat keputusan.
Dalam kehidupan seharian anda pasti menyedari
betapa sukarnya untuk mendisiplinkan diri
mengikut jadual harian anda. Malah mereka yang
mampu mengikut jadual harian jumlahnya terlalu
kecil, hanya sekitar 5% sahaja. Yang lain, sama
ada langsung tidak mempunyai jadual harian atau
ada jadual tetapi sekadar hiasan dinding dan
tidak pernah diikuti. Kenapa ini berlaku?
Jawapannya ialan sebab kita bukannya robot dan
bukannya mesin yang boleh dijadualkan untuk
berfungsi mengikut masa-masa yang ditetapkan
setiap hari. Malah saya sendiri tidak yakin
bahawa jadual adalah penyebab kejayaan
seseorang. |