PENGENALAN
· Selaras
dengan arus perkembangan teknologi maklumat di negara
ini, kerajaan berhasrat membestarikan semua sekolah di
seluruh negara melalui Program Pembestarian Sekolah.
· Pelaksanaan
Pusat Akses Sekolah merupakan salah satu daripada pelbagai
inisiatif Kementerian
· Pelajaran
Malaysia dalam menyediakan infrastruktur ICT yang
mencukupi bagi menjayakan pembestarian sekolah.
PROSES PEMILIHAN

KRITERIA PEMILIHAN
|
KRITERIA PEMILIHAN |
|
Lokasi |
Tahap |
|
Bandar |
30% |
Sekolah Rendah |
70% |
|
Luar Bandar |
70% |
Sekolah Menengah |
30% |
RASIONAL
Pusat Akses Sekolah merupakan salah satu
daripada pelbagai inisiatif Kementerian Pelajaran dalam
menyediakan Infrastruktur ICT yang mencukupi bagi
menjayakan pembestarian sekolah. Pusat Akses Sekolah
berfungsi sebagai pemangkin pembudayaan ICT di sekolah.
· Ia
merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi
membolehkan pelajar menjalankan pembelajaran secara
kendiri dan mempelbagai gaya pembelajaran mereka.
· Penggunaan
Pusat Akses Sekolah diharap dapat meningkatkan kemahiran
ICT pelajar untuk tujuan pembelajaran.
MATLAMAT
·
Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
·
Mengurangkan nisbah komputer dengan pelajar
·
Meningkatkan masa penggunaan (contact
hours) komputer oleh murid
OBJEKTIF
·
Meningkatkan kemahiran pelajar dalam
mencapai maklumat
·
Membolehkan pelajar melaksanakan
pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri
dan akses kendiri dengan lebih berkesan
·
Meningkatkan penggunaan dan penguasaan
ICT pelajar untuk pembelajaran.
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
·
Pihak pentadbiran sekolah sebagai
pelaksana hendaklah mewujudkan
Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah.
-
Merancang, merangka dan melaksanakan
dasar penubuhan Pusat Akses Sekolah.
-
Memantau pelaksanaan program dan
aktiviti yang berkaitan dengan Pusat Akses Sekolah.
-
Memastikan semua aspek keselamatan Pusat
Akses Sekolah diutamakan.
-
Membuat perancangan peruntukan kewangan
berikut untuk dikemukakan
kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi dimasukkan
dalam Anggaran Belanja Mengurus (ABM):
§
Kos bahan habis guna
§
Kos penyenggaraan peralatan
§
Kos bekalan elektrik
§
Kos penggantian alat
· Memastikan
setiap laporan yang berkaitan dengan pengurusan dan
pentadbiran Pusat Akses Sekolah dikemukakan kepada pihak
yang berkenaan
·
Cadangan carta organisasi Jawatankuasa
Pusat Akses Sekolah:
CARTA ORGANISASI
Penasihat
: Pengetua
Pengerusi
: Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Setiausaha
: Guru Perpustakaan dan Media
Penolong Setiausaha :
Guru Penyelaras ICT
Anggota Jawatankuasa : Ketua-ketua Bidang/Panitia
Pengawas PSS/Pengawas Pusat Akses/Briged ICT
SUSUN ATUR DAN PERALATAN
Ditempatkan di satu lokasi sahaja dan
bersesuaian dengan ruang yang terdapat di sekolah.
· Perisian
yang dibekalkan bersama dalam setiap komputer ini
termasuk Sistem Pengoperasian Windows, Microsoft Office
dan anti-virus.
· Switch
hub dan router SchoolNet hendaklah sentiada dalam keadaan
baik bagi memastikan capaian Internet tidak terganggu.
|
Peralatan |
Bilangan |
Perisian |
|
Komputer Meja |
10 |
- Windows XP
Pro
- Microsoft
Office 2003 pro
- Anti-virus |
|
Printer
|
1 |
- All in One |
|
Switch Hub |
1 |
- 16 port
|
|
Meja Komputer |
10 |
|
|
Meja Printer |
1 |
|
WAKTU OPERASI
Pusat Akses Sekolah beroperasi pada masa
seperti berikut:
- semasa waktu persekolahan
- selepas waktu persekolahan
PENGGUNA
Keutamaan penggunaan diberikan kepada
murid.
· Warga
sekolah seperti pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan
juga boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah
CADANGAN AKTIVITI
· Mencari
maklumat daripada Internet untuk pembelajaran
· Mengakses
sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau
bahan digital yang berkaitan(e-Learning).
· Menyediakan
tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan
pembelajaran.
· Berkomunikasi
dengan guru dan murid lain melalui e-mel
· Berkolaborasi
dengan murid lain.
KESELAMATAN
Pihak sekolah perlu mengambil berat
aspek-aspek keselamatan seperti kemudahan infrastruktur,
kemudahan fizikal, perkakasan, rangkaian, perisian dan
aplikasi.
· Pengguna
Pusat Akses Sekolah mesti mematuhi peraturan bagi menjamin
keselamatan diri dan peralatan komputer.
-
Keselamatan Mengakses Internet
i)
Mesti
mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1
Tahun 2003 – UPTM 159/526/9 Jld.3 (9) – Garis Panduan
Mengenai Tatacara Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik
Di Agensi-Agensi Kerajaan (boleh dimuat turun daripada
http://www.mampu.gov.my/mampu/bm/Circulars/BM/Main.htm
)
-
Keselamatan Penyimpanan Bahan
i)
Pengguna TIDAK DIBENARKAN menyimpan bahan di cakera keras
komputer di Pusat Akses Sekolah.
-
Sentiasa menyelenggara ruang cakera keras
komputer (housekeeping) untuk menjamin
pengoperasian komputer sentiasa ditahap optimum dan
stabil.
-
Pengguna Pusat Akses Sekolah mesti
mematuhi peraturan bagi menjamin keselamatan diri dan
peralatan komputer. Antara peraturan yang perlu dipatuhi
ialah:
i)
Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam Pusat
Akses Sekolah.
ii)
Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian milik
persendirian kecuali dengan kebenaran guru bertugas.
iii)
Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian
komputer daripada Pusat Akses Sekolah.
iv)
Dilarang sama sekali mengusik sebarang pendawaian atau
sambungan kabel yang terdapat di belakang komputer.
i)
Dilarang memasukkan sebarang perisian luar dan mengubah
konfigurasi komputer.
ii)
Dilarang menyimpan semua hasil kerja dalam cakera keras
komputer.
iii)
Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku
log. Beberapa peraturan lain yang berkaitan terserah
kepada budi bicara Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah.
PENGURUSAN PENYENGGARAAN
· Merekod
dan melaporkan sebarang masalah kerosakan yang dihadapi
terus kepada pembekal peralatan berkenaan.
·
Dalam Tempoh Jaminan
a) Pihak
sekolah perlu mengambil maklum bahawa jangka masa jaminan,
terma dan syarat jaminan terdapat di dalam perjanjian.
b) Merekod
dan melaporkan sebarang masalah kerosakan yang dihadapi
terus kepada pembekal peralatan ICT yang berkenaan
-
Tamat Tempoh Jaminan (tertakluk kepada
pindaan atau arahan semasa)
a) Penyelenggaraan
akan diuruskan di bawah kontrak berpusat Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM).Penyelenggaraan kontrak berpusat
ini merangkumi tiga (3) aspek, iaitu:
·
Tagging
·
Penyenggaraan Pencegahan
·
Penyenggaraan Pemulihan
b) Sebarang
kerosakan hendaklah direkod dan dilaporkan kepada Jabatan
Pelajaran Negeri (JPN).
-
Satu salinan laporan masalah samaada
dalam tempuh jaminan atau tamat tempoh jaminan hendaklah
dihantar kepada:
Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pesiaran Bukit Kiara
50604 Kuala Lumpur
Tel: 03-20987788
Faks: 03-20923763
e-mel:
pcb@moe.edu.my

Bahagian
Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
|