
Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan izin dan kurniaNya memungkinkan laman web Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Dol Said ini lahir ke alam siber dan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.
Puasa Ramadhan seseorang itu ( puasa yang tidak sempurna ), akan tergantung di antara langit dan bumi, dan ianya tidak akan naik melainkan disempurnakan zakat fitrah - (Maksud Hadith)
Chat Forum ![]()
Era Teknologi Maklumat merupakan suatu keperluan masakini. Mereka yang tidak menguasainya bererti suatu kerugian besar kepada diri sendiri dan juga generasi yang akan datang. Oleh sebab itu, pihak sekolah menyedari bahawa proses pendokumentasian secara tradisi mungkin terhad penyebarannya, oleh itu laman web membuka ruang yang seluas-luasnya untuk masyarakat menilai dan mengetahui apa yang berlaku di dalam institusi persekolahan kita.
Sekolah Menengah Dato Dol Said sepatutnya bukan setakat menjadi sebuah
sekolah yang bernama, tetapi harus menjadi sebuah sekolah yang ternama.
Pemilihan sekolah ini menjadi salah sebuah sekolah bestari telah dan akan
menjana lebih banyak komitmen, iltizam dan pengorbanan di kalangan seluruh
warganya untuk menggapai lebih banyak kecemerlangan dalam semua bidang.
Semoga sekolah ini akan terus maju di dalam semua bidang dan berjaya seiringan
dengan dengan institusi lain di era global.
Selamat Maju Jaya.Terima kasih.
Dr. Hajah Rosnanaini bt. Sulaiman,
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Dol Said,
78000 Alor Gajah, Melaka
