~~ Visual Peristiwa Semasa ~~



Kata-kata Aluan Pengetua


Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulillah dan tahniah kepada Jawatankuasa Kerja ICT kerana komitmen berterusan megemaskinikan laman web SMK Hang Kasturi, bagi manfaat semua. Era globalisasi memperlihatkan kecanggihan teknologi maklumat (ICT) tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan kini.

ICT merupakan elemen penting sebagai pemangkin misi Sekolah untuk menjadi sebuah sekolah yang celik ICT pada tahun 2011. Untuk itu, adalah perlu mewujudkan masyarakat yang berasaskan kepada pengetahuan atau 'knowledge-based'.

Sebagai pentadbir di sekolah yang berwatakkan ICT ini, saya sesungguhnya berasa amat berbangga dan bersyukur kerana dapat bersama menggerakkan sekolah ini ke arah kemajuan teknologi sejajar dengan hasrat kerajaan kita.

Oleh yang demikian bersamalah kita memanfaatkan penggunaan laman web ini sebagai saluran maklumat yang tepat, terkini dan sahih. 'Efficiency' laman web ini menggambarkan tahap kerja berpasukan, kemantapan dan daya saing SMK Hang Kasturi di mata dunia. Besarlah harapan saya agar warga kerja SMK Hang Kasturi dapat memikul amanah dan tanggungjawab dengan penuh iltizam. Moga kita dapat mencapai matlamat melalui budaya kerja yang sihat seterusnya memberikan kepuasan dalam pembangunan modal insan.

Akhir kata, saya menyeru agar kita menyemai nilai-nilai keikhlasan dalam bekerja. 'Setiap kita adalah pemimpin dan kita dipertanggungjawabkan terhadap kepimpinan kita'.

Sekian, terima kasih.

Hj. Ismail bin Sulaiman
Pengetua
SMK Hang Kasturi


Berita Terkini

~~ 12 April 2011 ~~
SMKHK telah menjadi hos bagi Kejohanan Bolasepak bawah 15 & 18 tahun MSS Melaka 2011 dari 12 hingga 13 April. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakannya.

~~ 23 Mac 2011 ~~

Tahniah buat Betty Fitie Marius dan Muhd Faiz Isyraf Ishak kerana peroleh 7A dalam SPM 2010. Juga buat pelajar2 lain yang turut mencapai keputusan memberangsangkan. Semoga kamu semua akan terus menempa kejayaan.

~~ 24 Januari 2011 ~~
Kementerian Pelajaran Malaysia iktiraf SMKHK sebagai telah memenuhi kriteria 'Smart School Qualification Standard (SSQS)' bertaraf 5 bintang bagi tahun 2010. Terus maju SMKHK!

~~ 20 Januari 2011 ~~
Pelajar Norkamilatul Wahidah bt Khairudin telah dianugerahi Sijil Puteri Kecil peringkat kebangsaan 2010 oleh Persatuan Puteri Islam. Tahniah!

~~ 3 Januari 2011 ~~

Sesi persekolahan 2011 bermula. Tahun baru, azam dan semangat baru, Pengetua pun baru. Semoga SMKHK lebih cemerlang sepanjang 2011.


Komen Pengunjung

Nota dari Unit ICT SMKHK:
Laman ini masih dalam proses awal pembinaannya. Masih terdapat banyak kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Kerjasama anda, terutamanya warga SMKHK, amat-amat diperlukan dan dihargai. Sila hubungi kami di makmal komputer atau email: ictsmkhk@yahoo.com.

Tidak lupa, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada Encik 'Kakashi' (seorang professional dalam bidang IT) yang telah banyak membantu kami secara sukarela.