[tutup]

Sejarah Penubuhan

 

SMK Tebong merupakan sekolah menengah yang telah dibuka pada 1 Disember 1994. Ketika itu bangunan baru masih belum siap dibina, pelajar-pelajar terpaksa menumpang di Sekolah Kebangsaan Tebong untuk sementara waktu. Kebanyakan guru yang dihantar ke sekolah ini adalah berasal dari SMK Mansur Syah dan SMJK Pulau Sebang di Pulau Sebang.


Peneraju pertama ialah Tuan Hj. Mohd Shah bin Lesut dengan guru-guru peneroka pada masa itu adalah En. Subramaniam A/L Rengasamy (GPK 1), Cik Lai Sew Yun (GPK HEM), En. Ramli Mohd. Zain (GPK KOKU), En. Lim Ah Yee, En. Abdul Lajis Sulaiman, En. Abdul Manaff Daud, En. Nadzir Topimin, Pn. Dayang Jemaah, En. Yap Hon Kong dan seorang bukan guru iaitu En. Sharif Suboh. Sesi persekolahan berjalan pada waktu petang dengan sokongan 9 orang guru dan 3 orang pekerja. Murid yang mendaftar pada masa itu adalah seramai 150 orang. Bilangan kelasnya ialah Peralihan (75 orang) dan 3 kelas Tingkatan satu (75 orang).


Setahun kemudian, iaitu pada 1 Disember 1995, SMK Tebong telah berpindah ke bangunan sendiri yang terdiri daripada 4 buah blok bangunan utama yang dibina iaitu blok A, B, C, D dan bangunan Rumah Hijau, sebuah kantin serta sebuah bangunan untuk Sains Pertanian. Keluasan sekolah ini adalah seluas 25 ekar, mempunyai beberapa buah padang permainan sesuai untuk sukan-sukan tertentu seperti olahraga, bolasepak, bola jaring, bola baling dan sebagainya. Tapak sekolah ini merupakan sebahagian daripada Ladang Kemuning yang dimajukan untuk dibina bangunan sekolah setelah diberi pampasan.


Pada 14 Jun 1997, sekolah telah meraikan persaraan pengetua pertama iaitu Tn. Hj. Mohd. Shah Lesut. Beliau telah digantikan oleh Tn. Hj. Mohd. Yatim Lasim yang mula bertugas pada 1 Julai 1997 sebagai pengetua SMK Tebong. Perkhidmatan beliau hanya berlangsung selama 9 bulan kerana beliau diperlukan olah Jabatan Pendidikan Melaka untuk menjadi Ketua Unit Sekolah Menengah.


Pada 1 April 1998, En. Ishak Hj. Ahmad telah dilantik sebagai pengetua SMK Tebong yang ketiga. Perkhidmatan beliau berlanjutan sehingga 15 Disember 2001. Pada waktu itu terdapat seramai 31 orang guru, 6 orang pekerja dan mempunyai seramai 450 orang pelajar. Kemudian pengetua SMK Tebong diganti oleh En. A. Rajenthran A/L Arumugam untuk kali keempat. Beliau mula berkhidmat daripada 16 Disember 2001 hingga 1 September 2003. Dan seterusnya buat kali kelima, SMK Tebong diketuai pula oleh anak tempatan iaitu En. A. Saiman A/L K. G. Anthony. Beliau menjadi pengetua bermula daripada 1 Disember 2003 sehingga 31 Mac 2010.


Kini SMK Tebong diterajui oleh Tn Hj Yatim Bin Sulaiman dengan sokongan 40 orang guru siswazah terlatih dan 2 orang guru bukan siswazah terlatih. Seramai 10 orang staf sokongan dan 6 orang pekerja swasta telah bertugas di SMK Tebong sekarang. Bilangan kelas yang terdapat sekarang adalah 17 kelas iaitu satu kelas Pendidikan Khas, satu kelas Peralihan dan 3 Kelas untuk tiap Tingkatan satu, dua, tiga, empat, dan lima. Sehingga Jun 2010 jumlah pelajar yang menuntut di SMK Tebong adalah seramai 406 orang. Walaupun bilangan pelajar sedikit tetapi sekolah ini telah dinaik taraf sebagai sekolah Gred A pada 2001 dan seterusnya layak mendapat 4 orang ketua bidang. 4 orang ketua bidang itu menguruskan bidang Bahasa, Sains dan Matematik, Teknik dan Vokasional serta Kemanusiaan. Sekolah ini juga menawarkan mata pelajaran elektif untuk pelajar menengah atas iaitu Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Perdagangan, Ekonomi Asas, Ekonomi Rumah Tangga, Pendidikan Seni Visual dan MPV – Katering dan Penyajian.

 

[Pengetua-pengetua]

       
<Bil>
<Nama>
<Mula bertugas>
<Akhir bertugas>

1.

Tn. Hj. Mohd Shah bin Lesut

1 Disember 1994

14 Jun 1997

2.

Tn. Hj. Mohd Yatim bin Hj. Lasim

16 Julai 1997

31 Mac 1998

3.

Tn. Hj. Ishak bin Hj. Ahmad

1 April 1998

15 Disember 2001

4.

En. A. Rajenthran A/L Arumugam

16 Disember 2001

1 September 2003

5.

En. A. Saiman A/L K. G. Anthony

1 Disember 2003

31 Mac 2010

6.

Tn. Hj. Yatim Bin Sulaiman

1 April 2010